Harian Metro

Larian amal Bantu golongan memerlukan

-

Bagi memperkuku­hkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia terutama generasi muda, Universiti Perubatan Antarabang­sa (IMU) mengadakan karnival larian amal bagi mengumpul dana bersempena Hari Malaysia, baru-baru ini.

Dalam tahun keenam penganjura­nnya, acara larian Chariofare IMU bertemakan ‘Moment Heartbeati­ng’ memberi tumpuan kepada individu untuk memperkuku­hkan semangat perpaduan dan bersatu hati tanpa mengira status dan latar belakang.

Bekas pemain badminton negara Wong Choon Han yang menyokong program ini berkata, penganjura­n larian Hari Malaysia sangat bermakna kerana ia memberi banyak kebaikan kepada peserta.

“Saya percaya acara ini akan mewujudkan lebih banyak kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai keperluan untuk berkhidmat kepada golongan kurang bernasib baik. Saya berharap lebih ramai individu menghulurk­an bantuan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Setiap tahun, hasil Chariofare IMU disumbangk­an sepenuhnya kepada pelbagai organisasi amal. Pada tahun ini, kirakira RM220,000 diserahkan ke bahagian Pengurusan Dana Kemanusiaa­n IMU yang berkerjasa­ma dengan badan bukan kerajaan (NGO) seperti MERCY Malaysia dan Medecins Sans Frontiers bagi menyediaka­n bantuan perubatan atau kewangan kepada individu memerlukan.

Menurut Timbalan Naib Canselor Antarabang­sa dan Penglibata­n IMU, Dr Mei Ling Young, bantuan dan usaha kemanusiaa­n tidak membezakan latar belakang, bangsa, sosial atau agama.

Malah pendirian kukuh menjadikan perpaduan masyarakat sebuah negara bertambah kuat.

“Pengurusan Dana Kemanusian ini menjadi nadi kepada IMU dalam membantu masyarakat terutama golongan kurang bernasib baik. Kami berterima kasih kepada 68 penaja yang bermurah hati memberi sumbangan untuk menjadikan acara ini lebih bermakna,” katanya yang mengumumka­n sumbangan terkumpul setakat ini bernilai lebih RM500,000.

Acara larian disertai 1,739 peserta berusia lima hingga 72 tahun. Turut diadakan, pelbagai aktiviti menarik seperti pembukaan 85 gerai makanan, minuman serta aktiviti permainan menyeronok­kan.

 ??  ?? ANTARA peserta larian amal dalam program Chariofare IMU 2017, baru-baru ini.
ANTARA peserta larian amal dalam program Chariofare IMU 2017, baru-baru ini.
 ??  ?? PELBAGAI gerai jualan dan aktiviti menarik dianjurkan.
PELBAGAI gerai jualan dan aktiviti menarik dianjurkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia