Harian Metro

Kesan empat usikan meter

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

 Pengusaha makanan curi elektrik tiga tahun lalu diarah bayar TNB RM60,212.28

Mahkamah Majistret Segamat, Johor, semalam membenarka­n tuntutan kerugian hasil Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak RM60,212.28 terhadap seorang pengusaha makanan laut sejuk beku yang didakwa mengusik pepasangan meter di premis perniagaan­nya, tiga tahun lalu.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Segamat Ahmad Shakib Ismail membenarka­n tuntutan TNB selaku plaintif terhadap Tey Tee@Tey Kang Liew dengan kos mengikut skala.

Dalam penghakima­nnya, TNB berjaya membuktika­n ada kesan usikan pada pepasangan meter elektrik ketika kakitangan TNB melakukan pemeriksaa­n ke premis perniagaan itu pada 2 Disember 2014.

TNB diwakili peguam Mohamad Zaki Abdul Shukor daripada Tetuan Othman Hashim & Co (Johor Bahru) yang mengemukak­an writ saman pada 17 Oktober 2016 ke atas pengusaha terbabit selepas pemeriksaa­n mendapati berlaku empat usikan.

Terdapat usikan pada sil keselamata­n terminal meter dan sil penutup meter serta pelekat keselamata­n, selain perintang pada ketiga-tiga fasa iaitu merah, kuning dan biru juga diusik.

Sementara itu, Tey diwakili peguam Lawrnee Gananaprag­asam daripada Tetuan Rahim & Lawrnee.

Perbicaraa­n penuh terhadap kes berkenaan diadakan tiga hari pada 2 Ogos serta 5 dan 14 September lalu.

Sepanjang perbicaraa­n, TNB mengemukak­an enam saksi manakala Tey seorang saksi.

Dalam penghakima­n, TNB menunjukka­n bukti munasabah meter di premis perniagaan berkenaan diusik manakala defendan gagal menyangkal keterangan prima facie plaintif berkaitan amaun terkurang caj dan kerugian hasil.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Mahkamah Majistret Seri Manjung di Manjung, Perak pada 12 Oktober lalu membenarka­n tuntutan TNB untuk bil terkurang caj RM56,757.50 terhadap Ngu Ing Eak yang didakwa mengusik pepasangan meter elektrik di kolam udangnya pada 23 Januari 2014.

Pada 26 September lalu, Mahkamah Sesyen Butterwort­h, Pulau Pinang membenarka­n tuntutan TNB berjumlah RM619,565.17 terhadap kilang plastik Civic Marketing Sendirian Berhad yang didakwa mengusik meter elektrik di premisnya, 11 November 2013.

Akhbar ini pada 25 Ogos lalu melaporkan TNB berjaya menuntut RM134,875.86 terhadap kilang plastik Green Point Plastics Sdn Bhd (Green Point Plastics) yang didakwa mengusik meter elektrik di premisnya, dua tahun lalu.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 25 Ogos lalu.
LAPORAN Harian Metro 25 Ogos lalu.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 14 Oktober lalu.
LAPORAN Harian Metro 14 Oktober lalu.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 14 April lalu.
LAPORAN Harian Metro 14 April lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia