Kuih tradisi dengan pati minuman
Minum petang pastinya lebih enak dengan minuman, kuih-muih dan kek tradisional yang menjadi kegemaran semua golongan usia. Walaupun ramai beranggapan penyediaan hidangan ini mengambil masa lama selain bahan sukar dicari namun jika menggunakan resipi yang betul tentunya ia mudah disediakan.
Selain menggunakan bahan yang disenaraikan, wanita khususnya suri rumah boleh mempelbagaikannya dengan cara lebih kreatif. Antaranya menggunakan campuran pati minuman berperisa Double Lion yang bukan saja enak diminum tetapi juga dicampurkan dalam hidangan.
Rangkaian produk pati minuman buahbuahan keluaran K.H.H. Double Lion Fruit Juice Manufacturing Sdn
Bhd ini bukan sekadar membolehkan anda seisi keluarga menyediakan pelbagai juadah memikat selera tetapi menjadikan detik kekeluargaan lebih manis.
Dikenali sejak 1972, minuman berperisa Double Lion terus memberikan komitmen dengan mengetengahkan 10 jenis bes minuman pelbagai guna seperti sirap ros, jagung, anggur, oren dan laici. Pati minuman ini juga boleh menjadikan kuih-muih seperti kuih lapis ros, kuih talam jagung dan kek mentega oren lebih enak.
Selain menghasilkan kuih tradisional menggunakan Double Lion, produk keluaran syarikat ini juga boleh digunakan untuk membuat pelbagai minuman, kek, agar-agar dan aiskrim. Sehubungan itu, dengan resipi yang betul, hidangan enak dapat disediakan bukan saja untuk musim perayaan tetapi pada bila-bila masa tanpa sebarang kekangan. Untuk maklumat mengenai resipi boleh melayari laman sesawang www. khhdoublelion.com
Jadikan hidangan lebih enak untuk seisi
keluarga