Harian Metro

Peranan isteri bantu suami alami ED

-

Wanita berstatus isteri bukan sahaja berperanan sebagai pendorong utama kejayaan suami malah turut menjadi pendamping setia kala suka mahupun duka.

Tatkala suami disahkan menghidap penyakit terutama yang berkaitan alat sulit pastinya isteri adalah individu terpenting untuk membantu insan tersayang itu dari segi fizikal mahupun mental.

Masalah mati pucuk (ED) boleh dikatakan antara gangguan kehidupan yang paling digeruni lelaki. Namun sikap ego, malu dan kurang pengetahua­n mengenai masalah ini membuatkan ramai lelaki lebih rela mendiamkan diri, memendam perasaan dan mengelak daripada menjalani rawatan walaupun terpaksa menderita akibat ketidakupa­yaan itu.

Pada hakikatnya, ED bukan disebabkan masalah penuaan sematamata, namun ia amat berkait rapat dengan gaya hidup seseorang. Gaya hidup tidak sihat banyak menyumbang kepada masalah itu yang akhirnya menjejaska­n kehidupan seharian individu berkenaan.

Bagi lelaki yang belum berumah tangga mungkin masalah ED hanya membabitka­n dirinya, namun senario itu berbeza bagi yang sudah berkahwin.

ED bukan saja membabitka­n penghidapn­ya, malah ia turut memberi pengaruh besar pada pasangan. Kajian mendapati ada tiga punca utama kebanyakan lelaki yang mengalami ED sukar mendapatka­n rawatan awal di hospital iaitu individu berkenaan tidak mengetahui dirinya mengalami masalah

ED, tiada pengetahua­n mengenainy­a dan kurang berkomunik­asi bersama pasangan.

Dalam hal ini wanita mempunyai peranan besar dalam membantu suami yang ada masalah ED. Walaupun itu masalah suami, tetapi tanpa bantuan dan campur tangan isteri, jika tidak segera ditangani masalah ini akan perlahanla­han menjadi duri dalam perkahwina­n mereka.

Peranan isteri dalam membantu penghidap ED:

Banyak berkomunik­asi bersama pasangan sekiranya mula menyedari adanya tanda ED

Jangan menyalahka­n pasangan

Memberi semangat kepada pasangan dan membantu dalam mendapatka­n maklumat mengenai ED

Menemani suami bertemu doktor ketika mendapatka­n nasihat dan rawatan

Amalkan pemakanan yang sihat dan bantu suami menjalani gaya hidup sihat

Jangan memalukan suami dengan mempersoal­kan mengenai ED

 ??  ?? ISTERI perlu bantu suami yang menghidap ED.
ISTERI perlu bantu suami yang menghidap ED.
 ??  ?? l
l
AJAK suami bertemu doktor bagi merawat ED.
l l AJAK suami bertemu doktor bagi merawat ED.
 ??  ?? ED bukan disebabkan penuaan semata-mata.
ED bukan disebabkan penuaan semata-mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia