Harian Metro

Mampu sambar podium

- Sukan@hmetro.com.my

 IPD Kemaman hantar 12 pelumba berentap di Kerteh

Pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman bakal menyenarai­kan 12 pelumba bagi memeriahka­n Harian Metro Mountain Bike (HMMTB) Grand Prix 2017 di Kerteh, Sabtu ini.

Pengurus pasukan, Asisten Superinten­dan Khairil Abdullah berkata, semua pelumbanya bersemanga­t menyertai HMMTB terutamany­a selepas lokasi pertanding­an yang dipilih pihak penganjur berada di bawah kawasan pentadbira­n mereka.

“Misi pasukan kami menyertai satu kejohanan setiap sebulan dan setakat ini sudah banyak kejohanan di Terengganu dan Kelantan yang sudah kami sertai.

“Kami berasa seolah-olah ada yang tak kena sekiranya tidak menyertai HMMTB ini walaupun tahu kehadiran ramai pelumba berpengala­man tetapi kami tetap mempertaru­hkan dua pelumba terbaik kami untuk mencabar kedudukan podium dalam perlumbaan itu nanti,” katanya.

Beliau berkata, kawasan Bukit Mentok lokasi latihan mereka setiap hari bagi men cari kekuatan mental dan fizikal sebelum perlumbaan.

“Kami juga sering berkayuh dari Chukai ke Air Putih kerana laluan berkenaan turut mempunyai beberapa kawasan berbukit sejauh 40 hingga 60 kilometer,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menjalani latihan secara berterusan hinggalah esok iaitu sehari sebelum perlumbaan bagi mengekalka­n momentum kayuhan.

“Pasukan kami juga sentiasa sentiasa berhati-hati ketika latihan kerana kami tidak mahu ada masalah kecederaan berlaku,” katanya.

Khairil berkata, pasukannya turut menumpukan perhatian terhadap taktikal dan teknikal selain latihan meningkatk­an stamina serta ketahanan fizikal.

“Yang penting, penyertaan kami ini lebih fokus untuk menjalinka­n hubungan kerjasama serta mendekatka­n anggota polis dengan masyarakat,” katanya.

 ??  ?? PASUKAN IPD Kemaman tidak mahu lepaskan peluang.
PASUKAN IPD Kemaman tidak mahu lepaskan peluang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia