Harian Metro

Aura ‘ganas’ Chong Wei selepas tumpas

-

Kuala Lumpur: Datuk Lee Chong Wei (gambar) ibarat singa luka dan bila-bila masa saja, dia akan menerkam mangsanya terutama selepas mengharung­i dua kejohanan yang berkesudah­an dengan keputusan mengecewak­an di Kejohanan Dunia dan Terbuka Jepun.

Lantas, dua kejohanan di Eropah bulan ini iaitu di Terbuka Denmark dan Perancis bakal dijadikan pentas terbaik untuknya kembali menunjukka­n kebolehan.

“Sekarang saya banyak fokus kepada permainan saya sendiri. Tumpas di Jepun dan tersingkir di pusingan pertama Kejohanan Dunia ada bagus juga kerana saya boleh mencari keyakinan semula,” katanya selepas Perhimpuna­n Bulanan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Bukit Kiara.

Bekas pemain nombor satu dunia itu tidak kisah sama ada undian yang akan dilaluinya sukar atau tidak kerana paling penting buatnya ialah memberi fokus satu demi satu perlawanan di Denmark serta Perancis.

“Dua kejohanan ini sangat penting buat saya dan mahu memberikan aksi terbaik. Sekarang saya perlu mendapatka­n semula keyakinan dan setiap latihan yang dilalui berjalan dengan baik.

“Selepas tahu siapa lawan yang akan saya tentang, ia lebih mudah buat saya untuk berbincang dengan jurulatih,” katanya yang sekarang ini menduduki ranking ketujuh dunia.

Di Terbuka Denmark ( 17-22 Oktober), Chong Wei akan berdepan pemain dari Sepanyol, Pablo Aiban di pusingan pertama namun jika mara ke suku akhir dia dijangka berdepan pemain nombor satu dunia dari Korea Selatan, Son Wan Ho dan berkemungk­inan menentang Chen Long (China) di separuh akhir.

Bagi Terbuka Perancis (24-29 Oktober) pula, dia dijangka tidak berdepan masalah untuk melepasi pusingan pertama dan kedua, namun menantinya di suku akhir ialah musuh tradisi dari China, Lin Dan.

Ditanya mengenai peraturan baru BAM yang mengehadka­n hanya pemain yang berada di bawah naungan badan induk itu saja layak bermain di Siri Super dan Grand Prix (GP) Emas, Chong Wei berkata, sebagai pemain BAM dia hanya menuruti apa saja peraturan baru.

“Saya masih bermain dengan BAM dan tidak mahu komen lanjut mengenai perkara ini. Ini adalah keputusan pengurusan baru,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia