Harian Metro

Kekasih penembak pulang ke AS

-

Manila: Teman wanita penembak Las Vegas, Stephen Paddock semalam kembali ke Amerika Syarikat (AS) dari Filipina dalam pada pihak berkuasa di Manila mengakui menyiasat laporan lelaki terbabit memindahka­n AS$100,000 (RM423,000) kepada kekasihnya.

Marilou Danley, 62, tiba di Los Angeles pada lewat Selasa (waktu tempatan) sebelum disambut ejen Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) di sana.

Dia dalam pemantauan pihak berkuasa tetapi bebas bergerak ke mana saja, lapor media AS.

Biro Siasatan Kebangsaan Filipina (NBI) berkata, FBI meminta bantuannya mengesan Marilou.

Jurucakap NBI, Nick Suarez berkata, ia menyiasat laporan bahawa Marilou tiba di Filipina bulan lalu dan menerima wang berkenaan daripada Paddock.

Paddock, 64, bekas akauntan dan kaki judi, membunuh 58 orang serta mencederak­an sekurang-kurangnya 527 yang lain apabila menggunaka­n sejumlah besar senjata untuk menembak ke arah konsert di Las Vegas dari bilik hotelnya di tingkat 32 pada Ahad lalu.

Dia ditemui mati selepas membunuh diri sejurus sebelum biliknya diserbu polis.

Marilou pula warga Australia yang berpindah ke AS 20 tahun lalu untuk bekerja di Las Vegas.

Menteri Luar Australia Julie Bishop berkata: “Ada laporan mengatakan dokumen pengenalan dirinya digunakan, antara lain untuk menempah bilik hotel.”

Menurut laporan media, Marilou dilahirkan di Filipina namun tidak dapat disahkan Suarez atau jabatan luar negara. - AFP

 ??  ?? SEORANG wanita yang terselamat dalam kejadian tembakan Ahad lalu menangis di lokasi dijadikan tempat peringatan untuk mereka yang terkorban di Las Vegas Strip. - AFP
SEORANG wanita yang terselamat dalam kejadian tembakan Ahad lalu menangis di lokasi dijadikan tempat peringatan untuk mereka yang terkorban di Las Vegas Strip. - AFP
 ??  ?? MARILOU ditolak menaiki kerusi roda ketika tiba di Lapangan Terbang Los Angeles, semalam. Gambar kecil, Marilou. - Daily Mail
MARILOU ditolak menaiki kerusi roda ketika tiba di Lapangan Terbang Los Angeles, semalam. Gambar kecil, Marilou. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia