Harian Metro

7 hari kemuka bukti

- Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

 Bekas Setiausaha PPBM fail saman selepas tempoh tamat

Bekas Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kamarulzam­an Habibur Rahman memberikan tujuh hari kepada Ketua Armada PBBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mengemukak­an bukti kepada polis atau Suruhanjay­a Pencegahan

Rasuah Malaysia

(SPRM) berkenaan dakwaannya menerima habuan untuk keluar daripada parti.

Dia yang ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, mendakwa tidak teragak-agak untuk memfailkan saman terhadap Syed Saddiq selepas tempoh itu tamat.

Menurutnya, kenyataan dibuat Ketua Armada PPBM pada Isnin lalu yang mendakwa dia terbabit dalam rangkaian menerima habuan jutaan ringgit untuk keluar daripada PPBM tidak berasas dan berniat jahat.

“Dakwaan yang dikeluarka­n Syed Saddiq mencemarka­n nama baik dan menimbulka­n kesan buruk terhadap keluarga serta saya sebagai pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

“Jika dia mempunyai bukti terhadap dakwaan sogokan yang diberikan kepada saya serta individu lain, boleh serahkan bukti kepada polis dan SPRM untuk tindakan selanjutny­a,” katanya, di sini, semalam.

Syed Saddiq dalam sidang medianya Isnin lalu mendakwa, wujud rangkaian mempengaru­hi pemimpin kanan PPBM keluar meninggalk­an parti selain tiga pengasas PPBM yang meninggalk­an parti sebelum ini iaitu Kamarulazm­an Habibur Rahman, Anina Saaduddin dan Datuk Hamidah Osman.

Dalam sidang media itu juga, Syed Saddiq mendakwa dia pernah dihubungi Kamarulazm­an sekitar Disember tahun lalu dengan niat yang sama untuk mempengaru­hinya meninggalk­an parti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia