Harian Metro

Bukti ekonomi negara bertambah baik

-

Cyberjaya: Tindakan Bank Dunia menyemak naik unjuran pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia membuktika­n ekonomi negara bertambah baik dari semasa ke semasa.

Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah berkata, lebih membanggak­an unjuran naik KDNK negara diumumkan institusi penarafan kewangan dunia iaitu Bank Dunia.

Beliau berkata, kerajaan sebelum ini turut menjangkak­an KDNK negara akan mencecah melebihi lima peratus sepanjang tahun ini dan perkara itu turut diakui serta dipersetuj­ui Bank Dunia.

“Bagi memastikan perkara itu tercapai, kita (kerajaan) akan bekerja keras melaksanak­an pelbagai projek ekonomi yang dirancang malah berharap mencapai lebih daripada apa yang disasarkan Bank Dunia,” katanya pada majlis pelancaran perkhidmat­an iaitu platform perkongsia­n basikal pintar, di sini, semalam.

Mohd Irwan berharap petunjuk berkenaan diterjemah­kan kepada penggunaan swasta dan kerajaan yang tinggi, selain meningkatk­an aktiviti perniagaan serta keyakinan perniagaan lebih baik pada masa depan.

Bank Dunia semalam menyemak naik unjuran pertumbuha­n (KDNK) Malaysia tahun ini kepada 5.2 peratus daripada 4.9 peratus yang diumumkan Jun lalu berikutan pertumbuha­n sebenar yang jauh lebih tinggi daripada jangkaan.

Pada asalnya, Bank Dunia mengunjurk­an ekonomi negara berkembang 4.3 peratus. Mengulas perkhidmat­an

Mohd Irwan berkata, platform perkongsia­n basikal pintar itu seiring visi Cyberjaya sebagai bandar pintar.

Pengurus Besar Malaysia Sanjey Chandran berkata, pihaknya menyediaka­n 10 lokasi di sekitar Cyberjaya dengan lebih 100 basikal disediakan.

 ??  ?? DR Mohd Irwan (dua dari kanan) mencuba basikal Mobike yang dilancarka­n di Cyberjaya, semalam.
DR Mohd Irwan (dua dari kanan) mencuba basikal Mobike yang dilancarka­n di Cyberjaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia