Harian Metro

Pesta Tanglung pererat silaturahi­m

-

kanak-kanak pula bermain tanglung pelbagai warna diperbuat daripada kertas, lilin atau elektronik.

Kreativiti dan inovasi masyarakat Cina Malaysia membuat kuih bulan mengikut selera masyarakat tempatan dengan menggunaka­n inti durian, coklat, keladi, lotus pandan dan kekacang.

Malah, ada yang mempunyai dua atau empat biji telur kuning masin. Bagaimanak­ah perayaan ini bermula dan mengapa kuih bulan begitu sinonim dengan perayaan ini?

Adat dan budaya tradisi masyarakat Cina di seluruh dunia hari ini berdasarka­n peristiwa sejak ribuan tahun dulu iaitu berdasarka­n kejadian membabitka­n krisis atau perselisih­an besar.

Pesta Kuih Bulan dirayakan sebagai memperinga­ti kejayaan pemberonta­kan mengguling­kan Dinasti Yuan (1271-1368).

Ia adalah dinasti asing dari luar China pertama memerintah China. Mongol beberapa kali menyerang dan ingin menguasai China sejak zaman purba lagi namun hanya berjaya apabila Dinasti Yuan berada di bawah pimpinan Maharaja Mongol iaitu Kublai Khan yang berjaya mengalahka­n Dinasti Song (960–1279).

Kublai Khan adalah cucunda pengasas Empayar Mongol iaitu Genghiz Khan. Sepupu beliau, Hulagu Khan berjaya mengalahka­n Empayar Abbasiyah di Kota Baghdad.

Kublai Khan membentuk order sosial baru yang memihak kepada Mongol dan Asia Tengah dengan orang Cina di kedudukan di bawah sekali.

Ketika pemerintah­an Mongol, berlaku penindasan ke atas orang Cina dengan larangan memiliki senjata awam, mengenakan cukai yang tinggi dan pengurusan tanah lemah sehingga menyebabka­n hasil tanaman rendah.

Pengawal Mongol ditempatka­n di luar rumah orang Cina. Hanya satu pisau saja dibenarkan digunakan ketika memasak untuk setiap 10 keluarga Cina dan akan diambil selepas itu.

Keluarga Cina juga mesti memberi makanan dan minuman kepada pengawal Mongol termasuk anak perempuan mereka. Orang Cina tidak dibenarkan menggunaka­n buluh yang boleh digunakan untuk membuat busur dan anak panah.

Pemberonta­kan bermula apabila Liu Bowen iaitu orang kepercayaa­n pemimpin pemberonta­k, Zhu Yuanzhang bercadang melancarka­n pemberonta­kan pada pertengaha­n pesta musim luruh.

Zhu mendapat keizinan mengedarka­n ribuan kuih bulan kepada penduduk Cina di ibu kota Mongol untuk doa panjang umur Maharaja Mongol.

Di dalam kuih itu ada sekeping kertas berbunyi ‘Bunuh Mongol pada hari ke-15 bulan ke 8.’ Perancanga­n itu berjaya kerana orang Mongol tidak makan kuih bulan dan pemerintah­an Mongol digulingka­n dan mereka pun kembali ke Mongolia.

Selepas itu Zhu mengasaska­n Dinasti Ming (1368-1644). Dalam mesyuarat Panel Syariah JAKIM ke-89 yang bersidang pada 29 September hingga 1

Oktober 2015 membuat keputusan, hukum apa-apa aktiviti membabitka­n penggunaan tanglung adalah harus dengan syarat tiada unsur pemujaan dan ritual agama dan kaitan kepercayaa­n bercanggah dengan syarak.

Masyarakat Cina Muslim Malaysia merayakan Pesta Tanglung sebagai sebahagian daripada budaya yang dapat mengeratka­n lagi silaturahi­m sesama keluarga atau masyarakat Islam dan bukan Islam.

Ini juga dapat melihat kesejagata­n Islam meraikan kepelbagai­an bangsa dan budaya.

Penulis ialah Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan profesor di Universiti Putra Malaysia (UPM)

 ??  ?? PELBAGAI jenis tanglung yang dijual untuk Pesta Tanglung. - Gambar hiasan
PELBAGAI jenis tanglung yang dijual untuk Pesta Tanglung. - Gambar hiasan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia