Harian Metro

Penagih tikam anggota AADK dijel 12 tahun, enam sebatan

-

Seorang penagih dadah dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas kesalahan menikam dada seorang anggota penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam satu operasi bulan lalu.

Hakim Zulhelmy Hasan menjatuhka­n hukuman itu terhadap Suhaimi Aderus, 44, selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.

Mahkamah memerintah­kan hukuman bermula dari tarikh tangkap iaitu 25 September lalu.

Berdasarka­n pertuduhan, Suhaimi didakwa dengan sengaja menyebabka­n cedera parah terhadap Baharudin Abdullah, 32, dengan menikamnya di bahagian tepi kiri dada dengan pisau lipat.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di kawasan Kampung Kuantan Sungai Masin, Batang Kali di sini, pada jam 11.30 malam, 25 September lalu.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amin Azmi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarka­n fakta kes, pada hari kejadian sepasukan anggota

AADK melakukan operasi ‘Ops Perdana’ di sebuah rumah di Kampung Kuantan Sungai Masin di sini.

Ketika operasi dilakukan, anggota bertindak mengejar tertuduh yang melarikan diri sebelum berjaya ditangkap.

Ketika ditangkap, berlaku pergelutan dan tertuduh menikam bahagian kiri dada mangsa sehingga menyebabka­n kecederaan parah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia