Harian Metro

Tiga sahabat diperintah bela diri atas tuduhan edar 8kg dadah

- Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my

Mahkamah Tinggi, semalam, memerintah­kan tiga sahabat membela diri atas pertuduhan mengedar lapan kilogram (kg) dadah jenis Nimetazepa­m (Erimin 5), dua tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah dalam keputusann­ya memerintah­kan dua warga Taiwan, Wong Fu Tai, 21 dan Chen Chi Wen, 19, serta seorang warga Malaysia Cheah Chee Seng, 57, membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie di akhir perbicaraa­n kes itu.

Ketiga-tiga mereka didakwa dengan niat bersama mengedar dadah itu di Triple A Nine Enterprise, 86-88 LG, Wisma Peng Wah Jalan Bukit Bintang, pada jam 10.50 malam, 30 April 2015.

Bagi perbuatan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) Akta sama yang memperuntu­kkan hukuman gantung, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh

Timbalan Pendakwa Raya Aznika Mohd Anas.

Wong dan Chen diwakili peguam

Richard Ho dan Kee Wei Lon manakala Cheah diwakili peguam KC

Hue.

Mahkamah menetapkan 24 Oktober ini untuk prosiding bela diri.

Ketua Bahagian Forensik Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Mohd Shah Mahmood mengakui bahawa identiti mayat seorang lelaki yang dibedah siasat dalam kes pembunuhan Kim Chol atau Kim Jong-nam, iaitu abang kepada pemimpin Korea Utara tidak dapat disahkan.

Saksi keenam pendakwaan itu berkata demikian ketika menjawab soalan peguam tertuduh kedua, Doan Thi Huong, Datuk Naran Singh pada pemeriksaa­n balas di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin, semalam.

Dr Mohd Shah berkata, beliau tidak dapat mengesahka­n identiti mangsa disebabkan ketiadaan sampel ujian asid deosirinob­ukleik (DNA) keluarga mangsa untuk perbanding­an dengan DNA Kim Chol.

Naran: Doktor setuju dengan saya bahawa tidak dapat pastikan 100 peratus bahawa si mati adalah Kim Chol ketika bedah siasat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia