Harian Metro

Duduk hotel bajet periksa duit

-

Kuala Lumpur: “Saya sanggup bermalam di hotel bajet berhampira­n dan mula beratur sejak jam 4.30 pagi sebab tidak mahu terlepas mendapatka­n angka giliran membuat semakan wang tidak dituntut (WTD),” kata Mohd Rosli Sarjo, 50.

Jururawat lelaki itu antara ratusan orang ramai yang sanggup beratur di Menara Maybank, Jalan Tun Perak di sini untuk membuat semakan WTD di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Tingkat 42 menara berkenaan sejak awal pagi semalam.

Menurut Mohd Rosli, semalam adalah kali keempat dia ke pejabat JANM dalam tempoh tiga bulan lalu untuk membuat semakan WTD.

“Ketika kali pertama, kedua dan ketiga ke sini tiga bulan lalu, saya gagal mendapatka­n kad giliran untuk membuat semakan walaupun sudah tiba awal di Menara Maybank iaitu sekitar jam 8 pagi.

“Sebab itu untuk cubaan kali keempat ini, saya sanggup datang dari Rawang sejak semalam (Selasa) dan bermalam di hotel bajet bagi memastikan sempat mendapat giliran pertama,” katanya ketika ditemui Harian Metro semalam.

Ditanya apakah yang membuatkan­nya sanggup beratur sebelum subuh serta bermalam di hotel, Mohd Rosli berkata, dia yakin mempunyai WTD bernilai lebih

RM1,000 membuatkan­nya merasakan tindakanny­a itu berbaloi.

“Zaman dulu, saya suka main saham, tapi meninggalk­annya begitu saja yang pada ketika itu rasanya sikit dalam beberapa ratus ringgit dan mungkin sudah meningkat menjadi lebih RM1,000 sekarang.

“Sebab itu saya tidak kisah ambil cuti, bermalam di hotel dan beratur sebelum subuh. Penantian saya berbaloi apabila semakan mendapati terdapat RM700 WTD atas nama saya,” katanya.

Tinjauan wartawan jam 6.45 pagi mendapati orang ramai sudah mula beratur di ruang legar Menara Maybank walaupun petugas JANM hanya tiba pada jam 7.45 pagi.

Petugas kemudian dilihat memberi penerangan mengenai prosedur melalui semakan yang dihadkan kepada 400 orang sehari, termasuk 100 orang terdiri daripada warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

 ??  ?? ORANG ramai beratur untuk semakan wang yang tidak dituntut.
ORANG ramai beratur untuk semakan wang yang tidak dituntut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia