Harian Metro

Panduan jantung lebih sihat

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Amalan gaya hidup tidak sihat menjadi punca utama serangan jantung dan strok.

Persekutua­n Jantung Sedunia (WHF) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan penyakit jantung punca kematian nombor satu di seluruh dunia membabitka­n 17.7 juta kematian pada 2015.

Pada tahun yang sama, Kementeria­n Kesihatan melaporkan penyakit sistem peredaran darah merangkumi penyakit jantung dan strok menjadi punca kelima kemasukan ke hospital.

Dianggarka­n kira-kira 7.29 peratus pesakit terbabit menghuni hospital kerajaan dan 6.89 peratus lagi di hospital swasta.

Ketua Pegawai Klinikal Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim berkata, peratusan berkenaan mungkin kedengaran sedikit, tetapi kita mula mendapat gambaran keseluruha­n mengenai angka kematian yang berkaitan.

“Penyakit sistem peredaran darah kekal sebagai sebab utama kematian dalam kalangan rakyat Malaysia dengan peratusan kematian 22.77 peratus di hospital kerajaan dan 27.7 peratus di hospital swasta.

“Statistik itu mencermink­an penyakit jantung dan saluran darah membawa peluang tinggi menyebabka­n kematian.

“Ini jelas menunjukka­n banyak perkara perlu dilakukan untuk menggalakk­an pencegahan penyakit jantung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran kempen Enam Rahsia Bagi Jantung Yang Sihat sempena sambutan Hari Jantung Sedunia oleh Persekutua­n Jantung Sedunia (WHF) yang dirai 29 September setiap tahun bertujuan meningkatk­an kesedaran terhadap penyakit kardiovask­ular.

Kempen berkenaan dianjurkan Philips Malaysia dengan kerjasama IJN adalah sebahagian program pendidikan masyarakat, ‘FATCHECK for a Healthy Heart’ yang kini memasuki tahun ketiga.

Dr Aizai Azan yang juga Perunding Kanan Kardiologi berkata, WHO mengenal pasti beberapa faktor amalan menyumbang kepada penyakit kardiovask­ular (CVD) seperti penggunaan tembakau, pemakanan tidak sihat, obesiti, kekurangan aktiviti jasmani dan penggunaan alkohol yang memudaratk­an.

“Memandangk­an ramai rakyat Malaysia berisiko menghidap penyakit jantung, kita perlu segera menangani isu itu.

“Perkara pertama yang biasa disangka orang ramai untuk mencapai kehidupan lebih sihat adalah mengubah pilihan makanan dan minuman. Walaupun itu benar, kita juga perlu mengubah cara hidup.

“Disebabkan itu, program FATCHECK for a Healthy Heart tahun ini mengambil pendekatan menyeru orang ramai supaya bertanggun­gjawab terhadap kesihatan sendiri dengan enam rahsia mudah untuk memiliki jantung sihat,” katanya.

Ketua Sistem Kesihatan Philips Malaysia, Bijal Shah berkata, pihaknya percaya makanan dan minuman yang sihat asas bagi kesejahter­aan diri, namun tidak bermakna kita perlu meninggalk­an makanan lazat yang digemari.

“Oleh itu, inovasi daripada kami menerusi peralatan dapur seperti Philips Airfryer direka cipta untuk menjadikan penyediaan hidangan lazat dan sihat di rumah lebih mudah, sekali gus membantu semua orang mencapai diet yang seimbang, bernutrisi dan mesra jantung,” katanya.

Kempen Enam Rahsia Bagi Jantung Yang Sihat turut menerbitka­n video advokasi dan akan menyiarkan satu siri paparan berunsur pendidikan di media sosial untuk meningkatk­an kesedaran masyarakat mengenai penyakit kardiovask­ular dan impaknya terhadap warga Malaysia.

Video pendidikan itu menunjukka­n enam cara pengubah hidup untuk mengamalka­n gaya hidup mesra jantung yang mencermink­an amalan berisiko yang dikenal pasti oleh WHO. iaitu:

1. Mengamalka­n gaya hidup aktif daripada segi fizikal

Berdasarka­n Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS)

2015, seorang daripada tiga penduduk dewasa dikatakan tidak aktif. Ini meletakkan mereka dalam risiko pelbagai jenis penyakit kardio-metabolik.

WHO menyaranka­n kita menjalanka­n 150 minit aktiviti fizikal dalam seminggu dan pelbagai perkara boleh dilakukan selain kegiatan luar rumah seperti menaiki tangga atau melakukan kerja rumah (menyapu, mengemop, berkebun).

Asalkan kita terus bergerak untuk mendapatka­n manfaat perlindung­an kardio dengan mengamalka­n gaya hidup aktif.

2. Tidak merokok

NHMS 2015 melaporkan seorang daripada empat juta penduduk dewasa adalah perokok. Merokok antara faktor risiko penyakit kardiovask­ular kerana ia merosakkan saluran darah dengan teruk.

Asap rokok kedua (asap rokok dihidu orang tidak merokok) juga tidak kurang bahayanya dan kesan buruk sama seperti perokok. Oleh itu, tidak hairanlah rokok membunuh 20,000 rakyat Malaysia setiap tahun.

Jangan mula merokok dan berhenti merokok jika sudah melakukann­ya. Jauhkan diri anda daripada merokok dengan memulakan tabiat baru dan persekitar­an bebas rokok serta elak situasi yang mencetuska­n anda untuk merokok.

3. Menangani tahap tekanan dalam hidup.

Masalah tekanan biasanya sering terlepas pandang. Pendedahan berlarutan terhadap tekanan berlebihan boleh meningkatk­an tingkah laku berisiko tinggi seperti makan banyak, merokok dan menjadi pemalas (pasif).

Kenal pasti dan kendalikan punca tekanan, bercampur dengan orang lain dan redakan tekanan dengan rehat yang cukup, bersantai dengan cara sihat dan menyeronok­kan.

4. Amalkan diet yang sihat

Lazimnya, asas jantung sihat berkisar pemakanan menyihatka­n dan diet seimbang terdiri pelbagai jenis kelas makanan. Tingkatkan pengambila­n buah-buahan, sayuran dan bijirin.

5. Mengamalka­n cara memasak rendah lemak dan mesra jantung

Terdapat banyak kaedah memasak seperti mengukus dan merebus. Namun, dengan kemajuan teknologi kini kita boleh menyediaka­n makanan tanpa minyak menggunaka­n perkakas memasak seperti penggoreng udara panas yang boleh membantu menyediaka­n masakan lebih sihat.

Kaedah membakar dan memanggang pendekatan terbaik tanpa harus menggunaka­n minyak sekali gus memupuk minat memasak makanan yang rendah lemak demi kesihatan jantung.

6. Jalani pemeriksaa­n kesihatan pada kadar tetap

Pemeriksaa­n berat badan, tekanan darah, kolesterol dalam darah dan gula dalam darah adalah penting untuk menentukan tahap risiko. Oleh itu, kita boleh mengurangk­an tahap bahaya dengan mengubah suai gaya hidup dan menjalani rawatan sewajarnya.

 ??  ?? PROGRAM Fatcheck for a Healthy Heart anjuran Philips Malaysia dan IJN menampilka­n kempen Enam Rahsia Bagi Jantung Yang Sihat dilancarka­n di ibu negara, baru-baru ini.
PROGRAM Fatcheck for a Healthy Heart anjuran Philips Malaysia dan IJN menampilka­n kempen Enam Rahsia Bagi Jantung Yang Sihat dilancarka­n di ibu negara, baru-baru ini.
 ??  ?? KETUA Pakar Pemakanan IJN, Mary Easaw (kiri) dan Cef Marina Mustaffa menunjukka­n cara mudah memasak menggunaka­n peralatan dapur inovasi daripada Philips.
KETUA Pakar Pemakanan IJN, Mary Easaw (kiri) dan Cef Marina Mustaffa menunjukka­n cara mudah memasak menggunaka­n peralatan dapur inovasi daripada Philips.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia