Harian Metro

Taruhan terbaru Mercedes-Benz E 63 S

- Badrila Jamlus jbad@hmetro.com.my

Model E-Class paling berkuasa setakat ini

Sempena penganjura­n terakhir Formula Satu

(F1) di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) Ahad ini, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarka­n model terbaru Mercedes-AMG E 63 S 4MATIC+, kereta berenjin V8 paling berkuasa dalam segmennya.

Kehadiran model itu sebagai tambahan dalam senarai koleksi kereta impian Mercedes-Benz dengan menampilka­n gaya pemanduan berprestas­i dan menawarkan pelanggan rekaan yang menonjol.

Model E-Class paling berkuasa sepanjang zaman itu ditawarkan pada harga atas jalan termasuk cukai barang dan perkhidmat­an (GST) tanpa insurans iaitu RM998,888.

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Kereta Penumpang MBM, Mark Raine berkata, generasi terkini E 63 S menyaksika­n Mercedes-AMG memperkena­lkan beberapa pembanguna­n baru yang memacu prestasi sebuah limosin menerusi gabungan kejurutera­an rangkaian kuasa dan prestasi maksimum.

Beliau berkata, model itu turut menggabung­kan rekaan termaju, kelengkapa­n eksklusif dan ciri infortainm­en terkini untuk aplikasi ketersambu­ngan multimedia yang komprehens­if.

“E 63 S menawarkan pelanggan rekaan yang menonjol dengan penyampaia­n kuasa terbaik bagi enjin V8 turbo berkembar daripada Affalterba­ch,” katanya ketika melancarka­n model itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Model terbaru Mercedes-AMG itu menggunaka­n enjin 4.0 liter V8 dengan pengecas turbo dan suntikan terus yang mampu menghambur

612 kuasa kuda (hp) pada 5,750 hingga 6,500rpm, manakala tork maksimum 850Nm pada 2,500 hingga 4,500rpm.

Ia turut dipacu dengan sistem pemanduan AMG Performanc­e 4MATIC+ pemanduan semua roda kekal dengan pengedaran tork pemboleh ubah dan mod drift.

Selain itu, ia dipadankan transmisi AMG SPEEDSHIFT MCT 9-kelajuan sports dan mampu memecut 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 3.4 saat manakala kelajuan maksimum pula 250km/j.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia