Harian Metro

PAUT PIRING SATELIT

- Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

Petaling Jaya

Dua lelaki warga Afrika sanggup bersembuny­i hampir tiga jam di kawasan tangki air Blok D, Pangsapuri Flora Damansara di sini, bagi mengelak ditangkap pihak berkuasa.

Difahamkan dua lelaki berusia lingkungan 30-an itu yang tidak mempunyai dokumen memasuki negara ini secara sah melarikan diri ke tingkat 27 pangsapuri itu sebelum bersembuny­i di kawasan tangki air yang gelap.

Bagaimanap­un polis berjaya menjejak kedua-dua suspek sebelum menahan mereka yang cuba meloloskan diri dalam operasi khas diadakan malam kelmarin hingga awal pagi semalam.

Operasi bersepadu itu disertai 44 pegawai dan 368 anggota polis termasuk Pasukan Gerakan Udara (PGU) serta penguat kuasa Jabatan Imigresen dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Dalam kejadian berasingan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, seorang lelaki warga Nigeria patah tangan dan hidung sebaik terjatuh dari tingkat lima pangsapuri sama.

Menurutnya, lelaki berusia lingkungan 30-an yang tidak mempunyai dokumen memasuki negara ini secara sah berpaut pada piring satelit di luar balkoni ketika rumahnya diserbu.

Bagaimanap­un, katanya lelaki itu tidak bernasib baik apabila besi piring itu patah menyebabka­n dia terjatuh.

“Warga Nigeria itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui selepas operasi di Balai Polis Damansara di sini, semalam.

Fadzil berkata, polis memeriksa sebanyak 70 rumah dan tiga kedai di Blok A hingga H di kawasan pangsapuri itu.

Katanya, seramai 171 warga asing diperiksa dan 51 daripada ditahan kerana didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati 10 warga asing positif dadah,” katanya.

Fadzil berkata hasil siasatan menunjukka­n, warga asing yang ditahan dalam operasi itu tidak mempunyai pekerjaan tetap malah ada antara mereka mengaku sebagai pelajar di negara ini.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung aktiviti pelacuran membabitka­n warga asing di sekitar kawasan berkenaan.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? Fadzil ?? Warga Nigeria itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut”
Fadzil Warga Nigeria itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia