Harian Metro

PILIHAN PEREKA FESYEN

- DARI MUKA 15

Penggunaan benang berkualiti sesuai untuk kulit bayi dan cuaca di Malaysia

Tidak mahu ketinggala­n dalam mengetenga­hkan tarikan tutu, pengasas Mama’s Crochet House, Mastila Ezny Kamarudin yang berpengala­man dalam dunia membuat kraf mengait berasaskan benang lebih dari 10 tahun juga mempunyai idea rekaannya yang tersendiri.

“Bahagian atas atau top gaun tutu dikait menggunaka­n benang berkualiti tinggi jenis ‘milk cotton’ yang sesuai untuk kulit bayi dan cuaca di sini.

“Justeru, ia lebih selesa dipakai dan tidak panas. Malah, pelanggan juga boleh membuat tempahan berdasarka­n corak, warna dan saiz digemari,” katanya yang turut menerima tempahan dari luar negara seperti Arab Saudi, Turki, Dubai, Amerika Syarikat dan India selain Malaysia.

Ini kerana benang yang digunakan untuk mengait bahagian atas baju juga sesuai dipakai di negara berkenaan. Bahagian bawah gaun pula diperbuat daripada kain tulle atau fabrik jarang yang memiliki ciri ringan.

Kebiasaann­ya, kain tulle banyak digunakan untuk membuat kostum penari balet, gaun pengantin atau pakaian istimewa sempena sambutan hari jadi.

Sifatnya yang agak keras itu memberi kesan gaun yang kembang dan menarik untuk digayakan ke majlis istimewa.

“Ia juga mudah dijaga dan dibersihka­n dengan tangan atau menggunaka­n mesin dengan air sejuk dan bukan panas. Suhu air yang panas boleh merosakkan struktur kain. Jika bahagian hujung atau tepi kain tulle agak kasar dan keras, ia boleh dilembutka­n sedikit dengan sapuan losen agar selesa digayakan,” katanya. - Hajahfarha­na Tarmudi

 ??  ?? BAHAGIAN atas gaun yang dikait menggunaka­n benang lembut dan berkualiti. Ia lebih selesa dipakai dan tidak panas. Malah, pelanggan juga boleh membuat tempahan berdasarka­n corak, warna dan saiz digemari
BAHAGIAN atas gaun yang dikait menggunaka­n benang lembut dan berkualiti. Ia lebih selesa dipakai dan tidak panas. Malah, pelanggan juga boleh membuat tempahan berdasarka­n corak, warna dan saiz digemari
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA rekaan dihasilkan Mastila.
ANTARA rekaan dihasilkan Mastila.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia