Harian Metro

KOLEKSI PERANTI BARU SAMSUNG

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Samsung Electronic­s

Co Ltd (Samsung) memperkena­lkan dua produk peranti boleh pakai (wearable) serta fon telinga termasuk Gear Sport, Gear Fit2 Pro dan Gear IconX.

Semua peranti ini membantu dalam pelbagai aktiviti seperti mengesan nutrisi dan tidur selain bertindak sebagai jurulatih kecergasan yang ditambah dengan keupayaan baru bagi mencapai sasaran penggunany­a.

Dua jam pintar, Gear Sport dan Gear Fit2 Pro misalnya mempunyai keupayaan kalis air dan boleh dibawa berenang selain lengkap dengan aplikasi Speedo On 2 yang mengesan metrik renangan termasuk jumlah pusingan, masa dan jenis renang

Pengesan kadar degupan jantungnya pula lebih tepat,

Pengenalan tiga gajet

terbaru dianggap antara yang

terbaik

sekali gus menjadikan bacaan masa sebenar yang terperinci sama ada sedang aktif atau tidur.

Gear Sport juga mampu bertindak sebagai alat kawalan ketika pembentang­an PowerPoint

atau mengoperas­ikan Samsung Gear VR.

Sementara itu, Gear Fit2 Pro pula lengkap dengan GPS terbina pada paparan 1.5 inci yang dibentuk dalam rekaan ergonomik manakala IconX menjadikan fon telinga tanpa wayar yang mempunyai kualiti audio terbaik sesuai untuk pengguna yang gemar berjalan atau mendengar muzik ketika menggunaka­n sistem pengangkut­an.

Ia mempunyai jangka hayat bateri diperbahar­ui berbanding model lama dengan keupayaan cas pantas selain storan tersedia sehingga 4GB jadi boleh menyimpan muzik di dalam jika tidak mahu menyambung­kannya ke mana-mana peranti lain.

 ??  ?? SPESIFIKAS­I
SAMSUNG GEAR SPORT Harga: Belum diumumkan Warna: Hitam / biru Paparan: 1.2” Circular Super AMOLED 360 x 360, 302ppi
Skrin: Corning Gorilla
Glass 3
AP: Dual Core 1.0 GHz
OS: Tizen
Saiz: 42.9 x 44.6 x 11.6mm Berat: 50g (tanpa gelang)...
SPESIFIKAS­I SAMSUNG GEAR SPORT Harga: Belum diumumkan Warna: Hitam / biru Paparan: 1.2” Circular Super AMOLED 360 x 360, 302ppi Skrin: Corning Gorilla Glass 3 AP: Dual Core 1.0 GHz OS: Tizen Saiz: 42.9 x 44.6 x 11.6mm Berat: 50g (tanpa gelang)...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia