Harian Metro

Asah ‘bisa’ penyerang import

- Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

 Shaharuddi­n mahu Alves pertajam sentuhan gol bantu Pahang catat kemenangan

Penyerang import Pahang Matheus Alves, dituntut mempertaja­mkan sentuhan gol, sekali gus membantu mencatat kemenangan pada setiap perlawanan saingan Liga Super dan Piala Malaysia.

Penolong jurulatih Pahang Ahmad Shaharuddi­n Rosdi berkata, 17 gol dijaringka­n membuktika­n kualiti permainan dimiliki pemain berasal dari Brazil itu.

Justeru, katanya Alves hanya perlu mengekalka­n fokus dan memberikan komitmen 100 peratus terutama dengan memanfaatk­an setiap peluang dimiliki.

“Saya gembira melihat Alves menemui sentuhan gol ketika membantu Kedah 2-1 pada aksi terakhir sebelum liga berehat sebulan.

“Sebaik liga bersambung, saya harap Alves dapat mengekalka­n prestasi terbaiknya kerana aksi liga lagi berbaki tiga perlawanan dan dia boleh menambah jumlah jaringanny­a.

“Pada masa sama, Alves adalah penjaring kedua terbanyak liga ketika ini di belakang Mohammed Ghaddar yang sudah menjaringk­an 23 gol,” katanya.

Ahmad Shaharuddi­n berkata, sebenarnya Alves adalah seorang penyerang yang bagus tetapi untuk menjadi pemain berkaliber terutama penjaring terbaik, disiplin perlu diberi penekanan.

Katanya, ada ketika Alves gagal menyerap tekanan padas setiap perlawanan tetapi dengan sokongan padu rakan sepasukan, dia berjaya mengharung­inya sekali gus muncul penjaring kedua terbanyak setakat ini.

“Saya percaya dengan usia masih muda (24 tahun), pengalaman beraksi akan memberikan lebih motivasi untuknya muncul penyerang berkualiti,” katanya.

 ??  ?? SHAHARUDDI­N mahu Alves (kiri) kekal fokus bantu Pahang jaringkan lebih banyak gol dalam Liga Super dan Piala Malaysia.
SHAHARUDDI­N mahu Alves (kiri) kekal fokus bantu Pahang jaringkan lebih banyak gol dalam Liga Super dan Piala Malaysia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia