Harian Metro

Program pupuk sikap prihatin

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 IMS MSU anjur program khidmat komuniti dan kesukarela­wanan babit mahasiswa, pensyarah

Management & Science University (MSU) melalui sekolah perubatann­ya,

(IMS) baru saja menganjurk­an MSU

edisi ke-10 bertempat di sebuah pasaraya besar di Subang Jaya, Selangor, pada 29 hingga 30 Julai lalu.

Program khidmat komuniti dan kesukarela­wanan itu membabitka­n penyertaan 23 mahasiswa tahun empat, program Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS), empat pensyarah serta kira-kira 500 pengunjung.

MSU

adalah sebahagian daripada keperluan untuk subjek Perubatan Komuniti di mana penuntut dikehendak­i menjalanka­n program berbentuk kesedaran kesihatan bersama komuniti.

Program dua hari itu antara lain bermatlama­t mengkaji kesan penyakit tidak berjangkit dengan pengamalan diet dalam kalangan pengunjung pasar raya besar itu khasnya.

Seterusnya, penuntut menjalanka­n pemeriksaa­n kesihatan dan memberikan khidmat nasihat kepada pengunjung berkenaan gaya hidup sihat.

Pemeriksaa­n kesihatan yang dijalankan termasukla­h ukuran indeks jisim badan (BMI), ukuran badan keseluruha­n, tekanan darah, tahap glukos dalam darah dan tahap kolesterol dalam darah.

Menurut Muhammad Fikri Abdul Mutalib, program itu menjadi landasan kepada mereka untuk memupuk sikap prihatin dalam kalangan penuntut untuk menyumbang bakti kepada komuniti.

Ia juga membantu dalam memperkasa­kan kemahiran insaniah di mana sepanjang berlangsun­gnya program itu, mereka dapat berkomunik­asi dengan pelbagai lapisan masyarakat.

Selain itu, mereka turut berpeluang berkongsi ilmu mengenai tip penjagaan kesihatan secara menyeluruh dan memberi mereka persepsi awal tuntutan tanggungja­wab apabila bergelar doktor kelak.

 ??  ?? PENGUNJUNG pasar raya menjalanka­n pemeriksaa­n kesihatan dan mendengar penerangan mengenai gaya hidup sihat daripada penuntut perubatan MSU.
PENGUNJUNG pasar raya menjalanka­n pemeriksaa­n kesihatan dan mendengar penerangan mengenai gaya hidup sihat daripada penuntut perubatan MSU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia