Harian Metro

Padah ‘pelancong’ jadi doktor besarkan payudara Mimpi berdarah

- Daily Mail

Sydney: Seorang rakyat China yang juga pelancong ke Australia didakwa menyebabka­n kematian tanpa niat bunuh semalam membabitka­n pembedahan membesarka­n payudara wanita tempatan yang meragut nyawa.

Dalam kejadian itu, pengurus spa, Jean Huang, 35, dikejarkan ke hospital selepas mengalami serangan jantung ketika pembedahan membesarka­n payudara di pusat kecantikan diusahakan­nya di Sydney.

Mangsa meninggal dunia beberapa hari kemudian.

Susulan itu, warga China Jie Shao, 33, didakwa di mahkamah kerana dituduh tersilap memberikan dos bius ketika melakukan pembedahan itu.

Jie tiada kelayakan perubatan yang diiktiraf Australia, malah datang ke negara itu sebagai pelancong.

Dia yang dilaporkan mengenali mangsa melalui rakan juga berdepan tuduhan menyebabka­n kecederaan secara cuai serta menggunaka­n racun untuk membahayak­an nyawa seseorang.

Dia tidak dibenarkan jaminan manakala kesnya akan disebut semula di mahkamah, bulan depan. AFP

Seorang lelaki didakwa di mahkamah semalam selepas menikam mati isterinya dalam kejadian didakwa berlaku ketika dia mengigau akibat termakan ubat selesema berlebihan.

Matthew Phelps, 28, menghubung­i talian kecemasan selepas terjaga daripada tidur dan mendapati isterinya Lauren Ashley-Nicole, 29, mati dalam keadaan ngeri berlumuran darah di sisinya jam 1.10 pagi, Jumaat lalu (waktu tempatan).

Dalam rakaman perbualann­ya dengan operator, Phelps didengar panik mengaku mungkin membunuh isterinya itu sebelum menangis teresak-esak.

“Saya rasa saya membunuhny­a. Saya tersedar daripada mimpi dan apabila menyalakan lampu melihat mayatnya yang berlumuran darah di atas lantai.

“Badan saya juga dipenuhi darah, ada pisau di atas katil. Saya rasa saya yang melakukann­ya,” katanya dalam rakaman panggilan sepanjang tujuh minit itu.

Phelps mula menangis dan operator terbabit cuba menenangka­nnya serta bertanya soalan sementara menanti kedatangan anggota keselamata­n.

Phelps berkata, dia mengambil ubat selesema dan mengakui mengambil dos berlebihan kerana sukar tidur.

 Lelaki ambil ubat selesema untuk tidur bunuh isteri tanpa sedar

 ??  ?? PHELPS dan isterinya. - Daily Mail
PHELPS dan isterinya. - Daily Mail
 ??  ?? JEAN
JEAN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia