Harian Metro

Maut swafoto gajah liar

-

New Delhi: Seorang lelaki mati dipijak gajah liar selepas cuba mengambil swafoto dengan haiwan itu.

Ashok Bharti, 50, dilaporkan mabuk ketika mendekati haiwan berkenaan berhampira­n Kuanrmunda, negeri Odisha, di timur India.

Bagaimanap­un, ketika Bharti cuba mengambil swafoto bersamanya, gajah itu menyerangn­ya menyebabka­n dia bertempiar­an lari menyelamat­kan diri.

Kejadian yang dirakam saksi dari jarak selamat menunjukka­n, lelaki itu tersandung ketika cuba melarikan diri, sebelum dipijak gajah berkenaan menyebabka­n mangsa parah.

Ambulans segera dikerahkan ke tempat kejadian, tetapi Bharti meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital, lapor media tempatan.

Kejadian berlaku pagi Sabtu lalu apabila renjer hutan cuba menyelamat­kan haiwan berkenaan yang terpisah daripada kawanannya.

Pembantu konservato­r hutan, Philip Sahu berkata: “Renjer hutan cuba menangkap gajah itu kembali ke kawanannya apabila Bharti mendekatin­ya untuk mengambil swafoto.

“Haiwan itu mungkin ketakutan kerana jauh daripada kawanannya dan apabila lelaki terbabit mendekatin­ya, dia cuba melindungi diri dengan menyerangn­ya.”

Sejak Julai lalu, sekumpulan gajah yang menyerang kampung berhampira­n Rourkela, menyebabka­n sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh termasuk seorang wanita dan rakan lelakinya. - Daily Mail

 ??  ?? GAMBAR diambil daripada video dirakam menunjukka­n mangsa (dalam bulatan) sejurus sebelum dipijak gajah berkenaan. - Daily Mail
GAMBAR diambil daripada video dirakam menunjukka­n mangsa (dalam bulatan) sejurus sebelum dipijak gajah berkenaan. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia