Harian Metro

MUKTAMAD OKTOBER INI

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka memuktamad­kan cadangan piawaian peraturan untuk pelaksanaa­n proses Kenali Pelanggan Anda elektronik atau e-KYC bagi transaksi kiriman wang menjelang Oktober ini selepas menerima maklum balas daripada peserta industri.

Penolong Gabenor BNM, Jessica Chew Cheng Lian berkata, keperluan sedia ada bagi pengesahan bersemuka untuk menerima pelanggan baru digugurkan dalam kalangan syarikat yang mendapat kelulusan untuk melaksanak­an e-KYC susulan daripada langkah terbabit.

Menurutnya, BNM memastikan inovasi itu tidak menjejaska­n kewajipan bagi mematuhi peraturan dan un- serta menjaga kepentinga­n pelanggan sah.

“Tindakan mana-mana firma menjejaska­n ketelusan sistem kewangan akan dikendalik­an dengan satu tindak balas pengawalse­liaan kuat daripada BNM,” katanya dalam ucaptama sempena Per- sidangan Perniagaan Perkhidmat­an Wang Asia Pasifik 2017 (MAPC 2017) di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden Persatuan Perniagaan Perkhidmat­an Wang Malaysia (MAMSB), Ramasamy Veeran. Beliau berkata, perubahan pengawalse­liaan untuk memudang-undang

„ BNM gugur keperluan pengesahan bersemuka untuk terima pelanggan baru

dahkan inovasi masih kekal penting bagi BNM dan pihaknya terus menyediaka­n persekitar­an yang menggalakk­an inovasi dalam industri kewangan termasuk industri perniagaan perkhidmat­an wang (MSB).

“Pengawalse­liaan Sandbox diperkenal tahun lalu inovasi bagi pendekatan pengawalse­liaan dan ia membantu kami dengan membendung risiko luaran hadir bersama inovasi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia