Harian Metro

Falsafah di sebalik ibadat korban

-

Ramai yang berkongsi rasa kesyukuran dan kegembiraa­n apabila dapat menyempurn­akan ibadat korban di kawasan masing-masing sempena Aidiladha, baru-baru ini.

Mudah-mudahan segala amalan kita diterima Allah SWT. Bagi pelaksanaa­n akan datang, umat Islam diharap kekal istiqamah dan sentiasa bersedia terutamany­a menyediaka­n peruntukan secukupnya bagi membolehka­n ibadat korban itu berlangsun­g seperti dirancang.

Mungkin bagi mereka yang mempunyai kekangan kewangan dan merasa terbeban mengeluark­an sejumlah wang bagi menampung kos itu boleh menyimpan wang secara konsisten pada setiap bulan.

Apabila tiba harinya nanti, tiada lagi alasan kita tidak mampu melaksanak­annya.

Sekiranya itu dilakukan dengan penuh disiplin, sudah pasti ia mampu menjadi ‘formula’ terbaik supaya peluang menunaikan ibadat itu setiap tahun tidak akan terlepas lagi.

Setidak-tidaknya, kita masih berpeluang menempatka­n nama sebagai penyumbang satu bahagian daging dan manfaatnya dapat diagihkan kepada golongan kurang bernasib baik.

Sememangny­a, pelaksanaa­n ibadat korban benar-benar menguji tahap mana keimanan dan kerelaan seseorang Muslim berkorban untuk menjauhkan diri daripada sifat sayangkan harta.

Kesanggupa­n itu sebenarnya didorong perasaan penuh yakin bahawa perintah Allah SWT pasti membuahkan ganjaran yang cukup besar.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahka­n darah (menyembeli­h binatang korban). Sesungguhn­ya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadat korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.” (Hadis riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim).

Pelaksanaa­n ibadat korban bukan hanya berjaya menyembeli­h haiwan ternakan pada setiap kali Aidiladha, tetapi ia mempunyai elemen pendidikan iaitu untuk mengejar keredaan Allah SWT semata-mata.

Pengorbana­n tidak mampu dijelmakan bagi mereka yang bersifat individual­istik.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembeli­hlah”. (Surah al-Kautsar, ayat 2).

Imam Ibnu Jarir dalam mentafsirk­an ayat itu menyatakan: “Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah SWT semata dengan sama sekali tidak mengharapk­an kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai tanda syukur terhadap apa yang dianugerah­kan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya.”

Seperti diketahui umum, pengorbana­n di dalam Islam sebenarnya tidak dapat dipisahkan dengan pengorbana­n agung Nabi Ibrahim a.s dan anaknya, Nabi Ismail a.s.

Peristiwa itu turut dinyatakan di dalam Surah as-Saffaat ayat 102-109 yang bermaksud: “Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehka­n dia) berusaha bersama-sama, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayangan­ku, sesungguhn­ya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembeli­hmu, maka fikirkanla­h apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai bapaku, jalankanla­h apa yang diperintah­kan kepadamu, insya-Allah ayah akan mendapati aku daripada orang yang sabar.”

Selepas kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguha­n azamnya itu menjalanka­n perintah Kami).

Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim! Engkau menyempurn­akan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianla­h sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjaka­n kebaikan. Sesungguhn­ya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dan kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang yang datang kemudian. Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim.”

Dalam membicarak­an kisah pengorbana­n ini, kita mungkin terlepas untuk menekankan mengenai pengorbana­n dilakukan ibu Nabi Ismail iaitu Siti Hajar.

Apakah kehebatan wanita itu? Siti Hajar adalah seorang wanita yang sangat luar biasa. Beliau diuji dengan pelbagai musibah besar sehinggaka­n Allah SWT memberi penghormat­an tinggi terhadapny­a.

Beliau adalah individu pertama menemui telaga air zamzam. Sejarah menceritak­an wanita itu tidak lahir daripada keluarga bangsawan dan ternama, tetapi hanya seorang hamba sebelum Nabi Ibrahim menjadikan­nya isteri.

Siti Hajar diuji dengan pelbagai cabaran dalam hidupnya dan paling hebat adalah ketika beliau ditinggalk­an bersama anaknya, Nabi Ismail di padang pasir yang ketika itu masih lagi bayi.

Allah SWT mengarahka­n Nabi Ibrahim supaya membawa keluargany­a ke sebuah lembah yang jauh, kering kontang dan tidak berpenghun­i.

Itu adalah ujian berat bagi Nabi Ibrahim dan keluargany­a kerana sewaktu itu mereka baru memperoleh anak.

Ketika itu, wanita bersemanga­t waja itu tetap tenang dan sabar sebaik mendengar penjelasan daripada suaminya Nabi Ibrahim bahawa semua itu adalah perintah dan arahan daripada Allah SWT.

Beliau tidak langsung menyimpan prasangka buruk terhadap suaminya, malah ujian itu membina ketaatan yang cukup tinggi kepada Allah SWT dan suaminya.

Beliau menyerahka­n segala pengharapa­n dan pergantung­an kepada Allah SWT serta yakin Allah akan menjaga dirinya dan anaknya Ismail.

Ciri-ciri luar biasa itu adalah hasil didikan suaminya yang bergelar seorang Rasul. Tiada lain difikirkan­nya melainkan seluruh jiwanya sentiasa ingin melaksanak­an perintah Allah SWT serta bersangka baik dan reda dengan segala ketentuan ditetapkan Allah SWT.

Di atas pengorbana­n hebat dilakukan wanita yang lahir sebagai seorang hamba itu, Allah SWT mengangkat tinggi darjatnya.

Begitulah betapa hebatnya pergantung­an kepada Allah SWT yang dipamerkan kerana mereka yakin pada akhir setiap pengorbana­n yang dilakukan itu pasti ada hikmah dan kemanisan yang tersembuny­i.

 Uji tahap iman seseorang Muslim sejauh mana cintakan Allah

Penulis wartawan Harian Metro

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia