Harian Metro

Sokong pek kecil

 Langkah bernas tangani rokok seludup

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

Aspek perniagaan dan kesihatan menjadi dua faktor penting mengapa empat gabungan persatuan peniaga di negara ini menyokong kerajaan memperkena­lkan semula pek kecil 10 batang rokok dalam pasaran tempatan.

Empat persatuan itu yang mewakili kira-kira 40,000 ahli ialah Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura (MSCSPGA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Persekutua­n Persatuan-Persatuan Peniaga-peniaga Barang-barang Runcit Malaysia.

Langkah memperkena­lkan semula pek kecil itu selain bagi membendung masalah rokok seludup yang kini menguasai lebih 50 peratus pasaran rokok tempatan, juga bertujuan mengurangk­an jumlah perokok tegar yang dianggarka­n lebih empat juta orang.

Malah, rokok tidak sah yang dijual murah sebenarnya menyumbang kepada peningkata­n jumlah perokok remaja kerana ia mudah dibeli di mana-mana.

Presiden MSCSPGA, Ho Su Mong berkata, sebagai pengusaha, lambakan rokok tidak sah di pasaran memberi kesan kepada perolehan kerana pihaknya hanya menjual rokok sah dan jika cadangan ini dilaksanak­an ia boleh memberi sedikit pendapatan kepada peniaga.

Katanya, pihaknya bersetuju dan menyokong ketegasan kerajaan dalam beberapa siri operasi yang dijalankan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang berusaha keras menghapusk­an rokok tidak sah di pasaran sebelum ini.

“Dalam isu rokok ini, kami melihat menerusi dua aspek iaitu dari segi perniagaan, rokok yang sah taraf akan memberikan hasil kepada negara menerusi cukai yang dikutip. Bagi peniaga, rokok juga menjadi antara punca pendapatan dan ia terjejas lebih 50 peratus dengan adanya rokok tidak sah.

“Sebagai pengusaha yang mempunyai tanggungja­wab sosial kepada negara, sudah tentu kami akan menjual rokok sah saja. Namun, pelanggan mempunyai pilihan untuk membeli rokok lebih murah dan rokok tidak sah dijual murah.

“Dengan adanya pek lebih kecil, ia akan menjadi pilihan pengguna. Dari sudut kesihatan juga akan lebih baik kerana perokok akan kurang merokok apabila membeli pek lebih kecil,” katanya pada sidang media bersama semalam.

Su Mong berkata, gabungan NGO juga sudah menghantar memorandum menyokong pengenalan pek kecil itu ke pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya.

Menurutnya, sebagai pihak berurusan dengan pengguna setiap hari, mereka mendapati corak berbelanja di Malaysia lebih terarah kepada barangan murah dan dalam konteks itu, pek lebih kecil dirasakan lebih sesuai. Katanya, gabungan itu juga memahami sentimen bahawa ada yang menyokong dan tidak cadangan kepada kerajaan, tetapi pertimbang­an sewajarnya patut diberikan dalam hal ini.

“Dalam hal ini, kita maklum bahawa aktiviti rokok seludup memudaratk­an negara dari pelbagai aspek dan bukan saja mengenai perniagaan. Ia menjejaska­n sosioekono­mi pelbagai lapisan masyarakat dan kami perlukan satu penyelesai­an sekarang,” katanya.

 ?? FOTO:
MOHD YUSNI ARIFFIN ?? HO (duduk tengah) bersama wakil lima gabungan persatuan menunjukka­n memorandum pengenalan semula rokok kotak mini.
FOTO: MOHD YUSNI ARIFFIN HO (duduk tengah) bersama wakil lima gabungan persatuan menunjukka­n memorandum pengenalan semula rokok kotak mini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia