Harian Metro

Cendol pemilik diploma

-

Rantau Panjang: Mempunyai Diploma Pengurusan Pelanconga­n namun seorang pemuda lebih cenderung meneruskan perniagaan cendol milik bapanya di pekan ini.

Malah, perniagaan dikenali Cendol Abe Li itu yang diusahakan bapanya, Rosli Ibrahim, 51, sejak 20 tahun lalu kini semakin popular dan tular dengan kelebihan dia mempromosi­kannya meneruskan media sosial.

Abd Aziz Rosli, 24, berkata, dia menggunaka­n ilmu pengetahua­nnya ketika menuntut di Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu untuk membantu merancakka­n gerai cendol itu.

“Alhamdulil­lah, cendol kami bukan hanya dikenali dalam kalangan penduduk tempatan, malah pelancong yang melawat ke bandar ini.

“Tidak sia-sia saya ambil alih pengurusan perniagaan ini dan melupakan diploma kerana rezeki cendol yang melimpah ruah.

“Lagipun saya gembira apabila dapat meneruskan apa yang ayah usahakan 20 tahun lalu,” katanya yang turut aktif berniaga dalam talian.

Menurutnya, sejak di bangku sekolah dia minat berniaga dan kerap membantu bapanya di gerai cendol.

Katanya, mereka bermula dengan tiga menu iaitu cendol biasa, cendol buah kabung dan air kelapa sebelum diperluask­an kepada 12 pilihan rekaan sendiri.

“Antara menu paling mendapat sambutan ialah cendol kelapa dan cendol istimewa yang dicampur pelbagai bahan termasuk kacang dan jagung manis.

“Rata-rata pengunjung berpuas hati dan memberi maklum balas baik. Syukur kerana cendol kami penuhi cita rasa mereka,” katanya.

 ??  ?? ABD Aziz menunjukka­n cendol yang dijual.
ABD Aziz menunjukka­n cendol yang dijual.
 ??  ?? ABD Aziz melayan pelanggan di gerai cendol milik bapanya.
ABD Aziz melayan pelanggan di gerai cendol milik bapanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia