MANTAP FUNGSI PRO
Jabatan Pertanian (DOA) menganjurkan kursus Pemantapan Perhubungan Komunikasi Korporat membabitkan kira-kira 20 pegawai perhubungan awam (PRO) bahagian dan negeri di sebuah hotel di Putrajaya, baru-baru ini.
Ia bagi mendedahkan kepada PRO berkenaan perbincangan strategi dan komunikasi selain menekankan interaksi media sosial, teknik penulisan, protokol, pengurusan majlis serta teknik fotografi.
Selain itu, beberapa isu dibincangkan termasuk kepentingan promosi media sosial, program dilaksanakan yang perlu dikenal pasti impak kepada sosial, ekonomi dan politik.
Hebahan atas kejayaan besar DOA juga digalakkan untuk dijadikan bahan berita dalam bentuk artikel atau video bagi memberi maklumat kepada masyarakat.
Majlis perasmian penutup disempurnakan Ketua Pengarah Pertanian Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek. Turut hadir, Pengarah Bahagian Perancangan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi DOA Mustapa Umar.
Wartawan Harian
Metro, Mohamad Hussin turut dijemput sebagai panel penceramah mengenai teknik penulisan berita dan rencana.
Ahmad dalam ucapannya berkata, PRO antara unit jabatan yang paling rapat dengan media dan masyarakat untuk menyampaikan maklumat yang tepat.
“Adalah menjadi tugasan PRO untuk mempromosikan jabatan kepada pelanggan atau orang awam mengenai tugas terutama kejayaan DOA.
“PRO seharusnya menjaga penampilan diri kerana mereka mewakili sebuah organisasi atau jabatan,” katanya.
PRO seharusnya
menjaga penampilan diri kerana mereka mewakili sebuah organisasi atau
jabatan