‘MAHU TELITI DAHULU’
Kuzain masih belum ada dalam perancangan
Vingada dalam masa terdekat
Jurulatih Harimau Malaya Nelo Vingada tidak bercadang memanggil pemain muda berbakat Wan Kuzain Wan Kamal yang kini bergelar pemain profesional di Amerika Syarikat (AS) menyertai pasukannya dalam masa terdekat ini.
Pengendali kelahiran Portugal itu mengakui belum sempat memantau perkembangan Kuzain, 18. Bagaimanapun beliau menjelaskan dengan usia cukup muda itu, pemain kelab Swope Park Rangers (SPR) Kansas City, Missouri berkenaan perlu mempamerkan prestasi cukup hebat untuk bersaing dengan pemain lebih senior.
“Ya saya tahu mengenai Kuzain, dia baru berusia 18 tahun, dan boleh menyertai skuad bawah 19 tahun Amerika Syarikat. Kita akan lihat dulu sebarang kemungkinan
(gambar)
(Kuzain mewakili Malaysia).
“Saya belum melihatnya beraksi, jadi perlu meneliti terlebih dulu. Tapi biasanya semua pemain akan melalui setiap peringkat umur cuma pemain yang cukup hebat boleh terus bermain di peringkat lebih tinggi,” katanya kepada Arena Metro.
Kuzain pemain yang beraksi di posisi tengah menandatangani kontrak bersama SPR, Rabu lalu selepas ketua jurulatih kelab itu Nikola Popovic menganggap pemain muda itu prospek terbaik dihasilkan Sporting KC Akademi.
SPR adalah kelab yang bertanding di United Soccer League (USL) iaitu liga divisyen ketiga Amerika Syarikat.
Arena Metro sebelum
ini melaporkan Vingada sedang menjejaki pemain Malaysia yang beraksi di luar negara termasuk pemain kacukan untuk memantapkan skuad Harimau Malaya.
Antara mereka yang kini menjadi perhatian jurulatih kebangsaan itu adalah pemain Belgium Club Brugge Dion Johan Cools dan usaha sedang dilakukan untuk berbincang dengan pemain pertahanan itu.
Sementara itu jurulatih skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Datuk Ong Kim Swee turut mengumumkan bahawa Kuzain tiada dalam perancangannya bagi menghadapi Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur bulan depan.
“Masa agak suntuk untuk kita memanggil Kuzain, banyak proses perlu dilalui bagi mendapatkan pelepasan kelabnya. Sebelum ini, dia juga masih tidak menyatakan pendiriannya untuk bersama pasukan negara atau tidak,” katanya.
Kuala Terengganu: