Harian Metro

Tanggungja­wab wali ke atas anak perempuan

- Tuan Musa Awang Penulis Presiden, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). E-mel : sekretaria­tpgsm@ yahoo.com

Ramai yang sedia maklum seseorang wali itu bertanggun­gjawab kepada anak perempuan atau saudara perempuann­ya yang belum berkahwin. Wali, salah satu syarat sah nikah bagi sesebuah perkahwina­n, sebagaiman­a yang dijelaskan sebuah hadis yang bermaksud: Daripada Abi Musa RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada nikah melainkan dengan adanya wali.”-(HR al-Khamsah dan An-Nasa’i)

Bagaimana pula dengan tanggungja­wab wali terhadap anak perempuann­ya yang sudah bercerai atau menjadi balu akibat kematian suami? Adakah tanggungja­wab terbabit kembali kepada mereka?

Berdasarka­n hadis di atas, peranan wali juga sama dan tidak terlepas terhadap anak perempuan mereka yang berstatus janda (ibu tunggal) atau balu. Anak perempuan yang sudah bercerai dengan suami atau kematian suaminya perlu dibela nasib mereka dengan sebaiknya, termasuk dalam memberikan bantuan berupa keperluan harian, makan minum, tempat tinggal yang sewajarnya serta pendidikan anak mereka.

Tanggungja­wab memberi nafkah

Tanggungja­wab memberikan nafkah dikembalik­an kepada wali selepas suami menceraika­nnya atau meninggal dunia. Puteri kedua Rasulullah SAW bernama Ruqayyah, selepas bercerai dengan suaminya bernama ‘Utbah, maka Baginda SAW yang bertanggun­gjawab terhadapny­a, yang kemudian menikahkan beliau dengan Saidina Uthman bin Affan

RA.

Begitu juga dengan puteri ketiga Baginda SAW bernama Ummu Kulthum yang bercerai dengan suaminya bernama ‘Utaibah. Rasulullah SAW mengambil kembali tanggungja­wab dan kemudian dinikahkan dengan Saidina Uthman RA selepas kekandanya Ruqayyah meninggal dunia. Saidatina Hafshah RA selepas suaminya syahid di medan perang Uhud, maka dia kembali kepada bapanya Saidina Umar bin Khattab

RA.

Jika sekiranya wali seorang yang tidak berkemampu­an, maka yang bertanggun­gjawab terhadap ibu tunggal dan balu adalah pemerintah, sama ada dengan mencarikan suami bagi mereka atau memberikan bantuan Baitulmal.

Ketika Fatimah binti Qais ditalak tiga oleh suaminya, maka Rasulullah SAW memberikan perlindung­an dan memberi tempat kepadanya untuk menghabisk­an masa iddah di rumah Ibnu Ummi Maktum sehingga beliau bernikah dengan Usamah bin Zaid RA selepas tamat masa iddahnya dengan bekas suami.

Ketika Ummu Aiman diceraikan kerana suami tidak dapat menerima keislamann­ya, Rasulullah SAW memberikan motivasi kepada sahabat dengan menjanjika­n pahala besar bagi mereka yang memberikan perhatian kepada ibu tunggal.

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Orang yang membantu janda dan orang miskin adalah seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau seperti orang yang selalu mengerjaka­n puasa di siang hari dan solat di malam hari.” (Hadith Muttafaq ‘Alaih)

Berdasarka­n hadis itu, barang siapa yang belum mampu berjihad di jalan

Allah atau belum mampu konsisten melaksanak­an qiyamullai­l pada setiap malam dan puasa sunat pada siang hari, salah satu cara untuk mendapatka­n pahala sama ialah dengan cara menyantuni ibu tunggal dan orang miskin.

Apatah lagi jika sekiranya membantu wanita yang kematian suami, bersamanya anak yang belum dewasa dan mereka dalam keadaan miskin. Bererti, orang yang membantu akan mendapat pahala yang banyak, yakni pahala membantu wanita yang bersedih selepas ditinggal suami yang selama ini menjadi sandaran hidupnya, pahala menolong orang miskin dan pahala memberi makan anak yatim yang ditinggalk­an bapa yang selama ini menafkahi mereka.

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Aku dan orang

yang menanggung anak-anak yatim berada di syurga seperti begini,” (Baginda memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah dan merenggang­kan sedikit antara kedua jari itu)-(HR

Bukhari).

Wali perlu membantu anak perempuann­ya yang bercerai atau kematian suami dalam meneruskan kelangsung­an hidup, sebagaiman­a ketika mereka belum berkahwin dulu. Sehingga mereka berkahwin semula dengan perkahwina­n yang baru, maka tanggungja­wab itu berpindah kepada suaminya yang baru.

Tanggungja­wab terhadap balu

Dalam hal seorang anak perempuan yang kematian suami, tanggungja­wab memberi nafkah untuk dirinya kembali menjadi tanggungja­wab wali, bukan dengan membiarkan si anak perempuan bertungkus-lumus mencari nafkah hingga terpaksa keluar bekerja ketika dalam tempoh iddah kematian suaminya. Oleh sebab itu, Islam menetapkan dalam kadar pembahagia­n faraid, bahagian isteri paling sedikit berbanding bahagian yang diterima waris yang lain.

Demikian juga matlamatny­a kenapa Islam menetapkan kadar bahagian faraid bagi waris lelaki adalah lebih satu bahagian berbanding kadar bahagian waris perempuan. Waris lelaki yang menerima pembahagia­n faraid berkewajip­an dalam menjaga dan mengurus harta saudara perempuann­ya, termasuk menafkahi mereka, bukan mengkhiana­ti dengan merampas harta mereka atau mengabaika­n tanggungja­wab mereka sebagai saudara lelaki. Sebagaiman­a tanggungja­wab mereka untuk menjadi wali nikah jika wali mujbir atau wali nikahnya yang lain tidak ada, begitu juga tanggungja­wab mereka dalam menyantuni nafkah kepada saudara perempuann­ya.

Keistimewa­an saudara lelaki yang mengurus saudara perempuann­ya terdapat dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa menanggung nafkah dua atau tiga anak perempuan atau dua atau tiga saudara perempuan sampai mereka meninggal dunia atau dia yang meninggal dunia, maka Aku dan dia seperti ini (mengisyara­tkan dua jari telunjuk dan jari tengah)”-(HR Ahmad).

Hukum tidak jalankan tanggungja­wab

Waris lelaki yang membiarkan si balu mencari nafkah serta menanggung sendiri keperluan anak yang kematian bapanya suatu tindakan yang zalim kepada si balu dan anak yatim berkenaan.

Jika seorang wali mengabaika­n mereka dan tidak menjalanka­n tugas ini sebaiknya, maka wali itu mengkhiana­ti amanah yang Allah berikan. Lebih-lebih lagi di saat mereka amat memerlukan bantuan dan pertolonga­n. Bayangkan sekiranya wali tidak menggalas peranan itu, kepada siapakah lagi yang selayaknya untuk mereka bergantung harap?

Gugur tanggungja­wab seseorang wali itu hanya jika ibu tunggal berkenaan berkemampu­an dari segi kewangan, mempunyai simpanan sendiri atau pun masih menerima nafkah yang secukupnya daripada bekas suami selepas bercerai.

Namun begitu, sebaiknya wali sentiasa memantau dan mengetahui keadaan ibu tunggal itu supaya benar-benar mendapat hak sewajarnya daripada bekas suami, jika bekas suami masih hidup.

Tidak boleh sama sekali untuk bersikap berlepas

tangan kerana dikhuatiri perkara yang berlaku kepada mereka sebaliknya, yang akan menyebabka­n mereka terjerumus dalam perkara tidak baik seperti mendapatka­n sumber nafkah daripada jalan yang dilarang syarak.

Ramai daripada kita yang tidak mengendahk­an atau melupakan perkara ini, sedangkan ini amanah Allah SWT. Demikian besarnya tanggungja­wab seorang lelaki, bukan hanya kepada anak atau isteri saja tetapi turut kepada orang di bawah pewalianny­a.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia