Harian Metro

Kedai konsep pertama buat si cilik teruja

-

Pada majlis pelancaran kedai konsep itu, 30 kanak-kanak daripada dua rumah anak-anak yatim iaitu Rumah Bakti AlKausar dan Rumah Amal Limpahan Kasih diraikan dengan penuh meriah bersama Didi & Friends.

Mereka bukan saja dihiburkan dengan tunggangan muzikal

Didi, Nana dan Jojo, tetapi turut meluangkan masa bergambar bersama maskot comel dan mencuba pelbagai aktiviti kraf menarik. Mereka kemudian dijamu dengan hidangan berbuka puasa di restoran Almendi’s di pusat beli-belah itu.

Peminat lagu kanakkanak popular itu kini boleh menaiki tunggangan muzikal dengan bayaran RM10 untuk tunggangan lima minit atau RM20 untuk tiga tunggangan lima minit, menyertai aktiviti kraf, melawat kedai mini dan menikmati sesi nyanyian santai di kedai konsep itu.

Pengurus Komunikasi Pemerasan The Mines Paulin Lim berkata, aktiviti Playtime with

Didi & Friends yang menggalakk­an hubungan erat antara anak-anak dan ibu bapa memberi satu pengalaman mengujakan untuk pengunjung di pusat beli-belah itu.

Tambahnya, The Mines berbesar hati menyediaka­n ruang itu bersama-sama ZOOMOOV supaya setiap keluarga dapat menikmati saat indah mereka.

Selain itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Digital Durian Sinan Ismail, sebagai pemilik Didi & Friends IP, ada tiga perkara utama yang ingin dicapai pihaknya iaitu untuk menggembir­akan kanakkanak, memberikan pengalaman Didi & Friends di luar kaca televisyen dan menggalakk­an aktiviti kekeluarga­an di antara anak dan ibu bapa.

“Playtime with Didi & Friends memenuhi ketigatiga perkara yang kami inginkan. Kami berharap kanak-kanak dan ibu bapa dapat menikmati masa yang menyeronok­kan bersama-sama.

“Kami sentiasa mencari pengalaman yang menyeronok­kan dan mendalam untuk ditawarkan kepada peminat setia Didi & Friends,” ujarnya.

 ??  ?? MER IAH ketika acara perasmian kedai konsep yang dikenali sebagai Playtime with Didi & F riends di The Mines, baru-baru ini.
MER IAH ketika acara perasmian kedai konsep yang dikenali sebagai Playtime with Didi & F riends di The Mines, baru-baru ini.
 ??  ?? MASKOT Didi & F riends memeriahka­n Playtime with Didi & F riends.
MASKOT Didi & F riends memeriahka­n Playtime with Didi & F riends.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia