Harian Metro

Sarah tak putus asa

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Terus promosi Percaya, tidak terkilan lagu itu belum popular

Single Percaya menjadi taruhan Sarah Ismail, 30, namun selepas setahun lagu itu diterbitka­n ia gagal mendapat tempat dalam arena seni tanah air.

Menurut Sarah, dia akan terus mempromosi­kan

Percaya kerana lagu itu dihasilkan secara bersungguh-sungguh oleh Nashriq Ismail

Sabri, pemilik E-Studios Management Sdn Bhd, syarikat penerbitan yang dinaunginy­a.

“Saya menyanyi di lounge dan cenderung dengan lagu jaz kerana pengunjung menyukai genre itu. Bagaimanap­un, saya sedar pencinta muzik tempatan kebanyakan­nya meminati lagu pop dan balada. Oleh itu, saya paksa diri untuk menyanyika­n lagu rentak itu.

“Meskipun Percaya kurang popular, saya tidak terkilan kerana Nashriq sudah melakukan yang terbaik. Video muzik lagu ini diarahkan Ghaz Abu Bakar.

“Saya sayangkan lagu Percaya kerana pembikinan­nya bukan senang. Saya dan pasukan bekerja keras untuk pastikan lagu ini berjaya tetapi belum ada rezeki.

“Daripada penyanyi jaz saya terpaksa menyesuaik­an diri dengan rentak lagu pop tetapi cara nyanyian ada sedikit ke arah rock,” katanya.

Jika ada rezeki untuk rakaman lagu seterusnya, Sarah akan memilih melodi mesra telinga.

Sarah atau nama sebenarnya Maisarah, juga pernah berlakon namun kerana lebih meminati dunia nyanyian lalu bidang itu dilupakan seketika. Fokusnya adalah mempromosi­kan Percayalah.

“Sekarang saya sudah bersedia kembali berlakon dan berharap masih ada ruang untuk saya mencanai bakat,” katanya.

Lulusan jurusan Muzik, Vokal Klasikal Pop dan

Jaz daripada Akademi

Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan ini turut berkhidmat sebagai guru vokal.

Berkongsi sambutan Aidilfitri, Sarah berkata dia pulang ke kampung ibu bapanya di Muar, Johor.

“Emak dan ayah saya sekampung. Rumah pun berdekatan jadi tak timbul isu nak beraya di mana dulu,” katanya sambil ketawa.

Sarah amat menyukai ketupat daun palas yang dimakan bersama kari, kuah kacang dan sambal.

“Sepanjang beraya di kampung, saya tidak jemu menjamah juadah ini,” katanya.

 ??  ?? Daripada penyanyi jaz saya terpaksa menyesuaik­an diri dengan rentak lagu pop tetapi cara nyanyian ada sedikit ke arah rock
Daripada penyanyi jaz saya terpaksa menyesuaik­an diri dengan rentak lagu pop tetapi cara nyanyian ada sedikit ke arah rock
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia