Harian Metro

Pasu daripada tuala terpakai

-

Langkawi: Biasanya sehelai tuala buruk yang tidak mahu digunakan lagi akan dibuang atau dijadikan alas kaki selain untuk mengelap lantai kotor.

Namun, sebenarnya tuala terpakai juga mempunyai nilai seni kraf yang baik jika pembuatnya kreatif, rajin, tidak mudah patah semangat dan berkemahir­an tinggi.

Justeru, ‘Pasu Bunga Tuala’ satu ungkapan yang agak pelik, namun itulah produk unik yang dihasilkan Iberahim Ismail, 40, di Kampung Teluk, Mukim Ulu Melaka di sini.

Tinjauan mendapati, halaman hadapan dan sisi kanan rumahnya kini dihiasi pasu bunga unik itu hasil kreativiti­nya dengan berbekalka­n tuala terpakai, kawat BRC (British Reinforced Concrete) dan simen.

Katanya, dia mendapat idea membuat pasu berkenaan selepas melihat produk sama yang dihasilkan seorang individu di laman sosial Facebook dan kini bersedia mengkomers­ialkan produk itu jika ada permintaan.

“Peringkat awal saya beberapa kali gagal menghasilk­an pasu bunga daripada tuala seperti gambar yang saya lihat, tapi berkat kesabaran akhirnya satu demi satu pasu bunga disiapkan.

“Sejak awal Disember 2015 hingga kini, tidak kurang 25 pasu berjaya disiapkan dan sebilangan kecil dijual kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang berminat,” katanya.

Kata Iberahim, dia membuat pasu itu sebagai aktiviti untuk memenuhi masa lapang pada waktu malam selepas pulang bekerja dan cuti hujung minggu.

 ??  ?? IBERAHIM menunjukka­n pasu bunga tuala yang dihasilkan di rumahnya di Kampung Teluk, Ulu Melaka.
IBERAHIM menunjukka­n pasu bunga tuala yang dihasilkan di rumahnya di Kampung Teluk, Ulu Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia