Sumber alam semula jadi cantikkan kulit
Bukan bahan diproses, tidak perlu belanja besar
namun hasilnya tetap mengagumkan
Cemburu dengan rakan yang berpeluang memanjakan diri di spa? Pastinya anda bertambah cemburu apabila melihat ramai sahabat media sosial memuat naik gambar produk penjagaan wajah ratusan ringgit di Instagram.
Kenapa harus cemburu jika manfaat yang mereka peroleh dengan nilai ratusan ringgit boleh
DAUN LIDAH BUAYA
Ramai yang mengakui sifat melembap yang dimiliki daun lidah buaya atau aloe vera. Selain melembap, ia berkesan menangani masalah pigmentasi. Bukan itu saja, aloe vera sebenarnya boleh merangsang pertumbuhan sel kulit baru.
Hanya sapukan gel aloe vera atau jusnya pada permukaan yang bermasalah dan biarkan ia selama 30 minit. Amalkan petua ini dua kali sehari dan lihatlah betapa segar dan berserinya kulit wajah anda selepas sebulan! dinikmati hanya dengan menggunakan barang yang ada di dapur secara bijak?
Hakikatnya, mereka yang harus cemburu kerana terpaksa menggunakan produk di pasaran yang belum diketahui sejauh mana organik dan semula jadinya kandungan bahan terbabit.
Cuba kita lihat khasiat dan kegunaan barangan dinyatakan ini. Mana tahu ia sesuai dan bertepatan dengan keperluan anda saat ini!
KUNYIT
Kunyit dianggap ramuan paling ajaib. Selain menghilangkan parut, ia boleh membantu mengatasi masalah ton kulit tidak sekata dan memudarkan pigmentasi.
Sediakan dua sudu air beras, dua sudu tepung dan satu sudu teh serbuk kunyit. Campurkan semua bahan, dengan menggunakan jari oleskan pes ke kawasan bermasalah. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas.
SUSU
Manjakan wajah anda dengan susu. Buatlah masker menggunakan suku gelas susu tepung dengan sedikit air hingga campuran menggumpal dan berbentuk pes. Gunakan pada wajah bersih dan biarkan hingga kering. Bersihkan dengan menggunakan air suam. Wajah anda akan kelihatan segar dan muda.