Cikgu tarik rambut budak masuk kelas
Rakaman video menunjukkan seorang murid perempuan diheret rambutnya oleh gurunya kerana enggan memasuki bilik darjah tular di China dan mencetuskan kemarahan pengguna Internet.
Kejadian di Dongguan di wilayah Guangdong itu dirakam seorang posmen yang kebetulan melihat perbuatan guru itu pada 2
Mei lalu. Dia kemudian memuatnaik video itu di Internet.
Peoples Daily Online melaporkan guru itu digantung kerja kerana menyerang muridnya secara fizikal.
Dalam video itu, guru berkenaan dilihat membawa pakaian seragam sekolah di tangan kirinya manakala tangan kanannya menarik rambut murid itu dan mengheretnya ke sekolah.
Budak berkenaan kedengaran meraung ‘saya mahu pulang!’
Posmen itu kemudian didengar menegur perbuatan berkenaan dengan bertanya: “Cikgu, bagaimana kamu boleh buat begini pada murid sekolah rendah?”
Guru itu menjawab: “Ini anak murid saya, jaga hal kamu sendiri.”
Posmen berkenaan terus menegur perbuatannya itu tetapi tidak diendahkan guru berkenaan.
Menurut kakitangan sekolah, budak itu keluar makan tengah hari bersama ibunya dan enggan masuk semula ke kelas untuk sesi petang.
Selepas 30 minit dipujuk gurunya, budak itu bersetuju masuk ke kelas semula tetapi ketika separuh jalan dia mula menangis menyebabkan guru itu berang.
People's Daily Online melaporkan, guru besar sekolah itu menghubungi ibu bapa kanak-kanak berkenaan dan meminta maaf secara peribadi. Daily Mail