Harian Metro

TEROKA SENI BUDAYA INDIA

- Hanafi Rashid rencana@hmetro.com.my

Dalam mencapai tahap kebolehpas­aran graduan selain memberi pendedahan kepada golongan terbabit di peringkat antarabang­sa, 16 siswa Universiti Putra Malaysia (UPM) menyertai Program Kembara Seni India minggu, baru-baru ini.

Program dua minggu itu bertujuan meneroka seni reka bentuk dan budaya di India selain memberi pengalaman baru di luar kuliah kepada peserta terbabit.

Pada masa sama turut menjalinka­n hubungan pendidikan dengan dua universiti iaitu Bharathida­san University, Government College Engineerin­g dan Cochin College.

Penasihat program Ahmad Qadry berkata, ia satu pengalaman menarik dan unik bagi semua institusi terbabit apatah lagi kunjungan berkenaan julung kali diadakan.

“Di samping memberi pendedahan kepada peserta, ia juga bertujuan memupuk semangat kerjasama dan perkongsia­n maklumat dengan masyarakat dan institusi pendidikan dilawati.

“Program ini diharap mampu membuka mata berkenaan kepelbagai­an konsep kehidupan di peringkat antarabang­sa selain membantu mereka menjadi anggota masyarakat bermanfaat kelak,” katanya.

Menariknya program berkenaan menjelajah ke dua negeri iaitu Tamil Nadu dan Kerala dengan lawatan tujuh daerah berbeza iaitu Chennai, Thanjavaur, Trichy, Madurai, Kodaikanal, Munnar dan Kochi.

Antara aktiviti dilakukan sepanjang lawatan termasuk menyambut pesta Pongal bersama penduduk Kampung Sengipatti, Thanjavaur, berpeluang menonton persembaha­n Daksha Yaga di Katahakali Centre, lawatan ke kuil dan mengadakan perlawanan persahabat­an bola sepak.

Turut dianjurkan khidmat sosial kepada penduduk antaranya memberi makan percuma kepada pengemis jalanan, membantu perkhidmat­an dobi dan mengolah halia.

 ??  ?? MENGABADIK­AN gambar kenangan bersama penduduk di sebuah daerah dilawati.
MENGABADIK­AN gambar kenangan bersama penduduk di sebuah daerah dilawati.
 ??  ?? BERGAMBAR kenangan di depan sebuah kuil yang menarik reka binaannya. Program ini diharap mampu membuka mata berkenaan kepelbagai­an konsep kehidupan di peringkat antarabang­sa selain membantu mereka menjadi anggota masyarakat bermanfaat kelak
BERGAMBAR kenangan di depan sebuah kuil yang menarik reka binaannya. Program ini diharap mampu membuka mata berkenaan kepelbagai­an konsep kehidupan di peringkat antarabang­sa selain membantu mereka menjadi anggota masyarakat bermanfaat kelak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia