Harian Metro

SALAH FAHAM TEMPAT PRAKTIKAL

-

Tiada niat

mungkir janji tukar lokasi latihan

hingga rakan karib bersikap

dingin

Saya berselisih faham dengan seorang rakan karib kerana gagal menepati janjinya. Disebabkan hal itu, dia menjauhkan diri daripada saya dan hubungan persahabat­an kami menjadi dingin. Saya sangat tidak selesa dengan apa yang berlaku antara kami. Ia sungguh menyakitka­n hati. Saya bukan sengaja mungkir janji, tetapi kerana ada sesuatu hal tidak dapat dielakkan saya terpaksa menolak ajakannya untuk bersama-sama menjalani latihan praktikal. Selepas itu, dia seperti tidak berminat untuk berkawan dengan saya lagi. Saya ingin menjelaska­n kepadanya sebab tidak dapat praktikal di tempat sama tapi dia tidak mahu mendengar. Terdapat banyak faktor yang perlu saya fikirkan seperti sumber kewangan, jarak dan kemudahan lain. Berbeza dengannya, tempat praktikal itu berdekatan rumah ibu bapanya. Dia boleh tinggal di rumah orang tuanya dan saya pula perlu mencari rumah atau bilik sewa. Saya ingin memohon maaf tapi dia tidak pernah membalas mesej dan tidak berminat untuk mengangkat panggilan telefon saya lagi. Apa yang harus saya lakukan?

SEDIH Negeri Sembilan

Perkara pertama perlu ditanamkan dalam hati adalah menghormat­i keputusan dibuat berdasarka­n beberapa faktor yang anda pertimbang­kan. Tindakan menghormat­i perasaan dan keputusan sendiri, mampu membuatkan anda lebih yakin dengan diri sendiri. Keputusan itu memberikan peluang untuk anda memilih apa yang terbaik untuk diri sendiri, namun ia turut memberi kesan dalam perhubunga­n anda dengan rakan karib.

Apa yang saya faham di sini anda berdua bersepakat pada mulanya untuk menjalani latihan praktikal bersama-sama. Namun disebabkan beberapa faktor, anda menolak semula perancanga­n itu hingga rakan baik berkecil hati dan mula bersikap dingin.

Meskipun begitu, anda melakukan beberapa perkara sebagai usaha untuk memberi penjelasan kepadanya namun respon diterima agak negatif. Oleh itu, usaha perlu diteruskan kerana anda sudah pun melakukan apa yang terdaya.

Dalam kemelut ini, anda perlu berterusan berusaha menghubung­i rakan baik untuk berterus-terang. Anda boleh menggunaka­n pelbagai cara komunikasi seperti media cetak atau media elektronik untuk menghantar mesej. Dalam proses ini, cuba jelaskan kepadanya sebab anda berubah fikiran dan memilih tempat praktikal baru. Selain itu, anda boleh menyatakan harapan untuk terus berkawan dengannya seperti biasa.

Terangkan secara jujur anda turut berasa serba salah tetapi kerana faktor tertentu anda terpaksa memilih tempat baru. Terangkan kepadanya betapa anda sedih dengan apa yang berlaku dan ingin berteruste­rang. Ceritakan semua hal ini satu persatu. Saya yakin, dia tetap membaca mesej itu walaupun tidak membalasny­a. Selain itu, minta bantuan rakan lain untuk memberitah­u rakan baik apa yang anda lalui. Apa yang perlu anda korbankan dalam memastikan tempat praktikal itu bersesuaia­n dengan kemampuan. Semoga bantuan dari rakan lain dapat membantu dia mengetahui hal sebenar.

Di samping itu, anda boleh terus menghubung­inya supaya satu hari nanti dia menyambut panggilan anda itu. Teruskan usaha untuk memperbaik­i hubungan. Jika tidak dia, anda yang perlu lakukan sesuatu ke arah kebaikan. Jika sekiranya rakan baik masih bersikap dingin, anda tidak perlu berasa bersalah. Dalam hal ini, anda membuat satu keputusan yang tegas untuk diri berdasarka­n situasi dialami. Jika anda memilih untuk menjalani latihan praktikal bersamanya, mungkin berhadapan isu kewangan atau kesukaran lain. Semua ini perlu dipertangg­ungjawabka­n kepada anda semata-mata. Oleh itu, hormati pilihan dibuat. Dalam masa sama, usah terlalu menghukum diri pada sesuatu bukan salah anda. Melainkan jika anda benar-benar melakukan kesalahan pada dirinya sehingga menjejaska­n keperluan orang lain. Jika hal sebegitu berlaku, mohon kemaafan tanpa jemu. Berdoa supaya Allah permudahka­n urusan anda.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia