Harian Metro

SK BALOK CATAT KEMENANGAN 100%

- Mohd Rafi Mamat sukan@hmetro.com.my Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

Aksi konsisten sepanjang kejohanan menjadi kelebihan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Balok muncul juara edisi keempat kejohanan bola sepak Juara-Juara Sekolah 2017 selepas menewaskan SK Teruntum 2-1 menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1 di padang SK Bunut Rendang, di sini, kelmarin.

Juara meraih RM500 dan piala, naib juara menerima RM400 dan pingat. Sebanyak 16 pasukan mewakili sekolah daerah ini menyertai pertanding­an sehari itu.

Jurulatih SK Balok Azeman Md Rashid berkata, kecemerlan­gan SK Balok terbukti apabila berjaya mencatat semua enam kemenangan sepanjang kejohanan sebelum dinobat sebagai juara.

Katanya, aksi membanggak­an dua pemain kebangsaan Muhammad Hazid Iqwan Azeman dan Mohamad Noor Zarif Zaini menjadi tonggak kejayaan pasukan yang musim lalu hanya mampu beraksi di peringkat kumpulan.

Menurutnya, lebih membanggak­an Hazid Iqwan yang terpilih menyertai latihan selama dua minggu di Barcelona, Sepanyol, tahun

(gambar)

Melaka: Seramai 47 pelumba cilik berusia empat hingga 17 tahun menyertai perlumbaan Melaka Minibike Challenge di Litar Sukan Bermotor Antarabang­sa Melaka (MIMC) Durian Tunggal, di sini, baru-baru ini.

Pengerusi kejohanan Rasli lalu muncul penjaring terbanyak dengan 10 gol.

“Pada kejohanan ini pemain SK Balok turut menerima anugerah pemain dan penjaga gol terbaik perlawanan akhir, kejayaan berkenaan melengkapk­an lagi pencapaian membanggak­an pasukan musim ini.

“Saya harap kejayaan pada kejohanan bola sepak Juara-Juara Sekolah akan menjadi landasan kepada lebih banyak kejuaraan diraih sepanjang tahun ini,” katanya yang terbabit dengan program pembanguna­n bola sepak sejak 2015.

„ Menang semua enam perlawanan sebelum bergelar juara

Sementara itu, pengerusi penganjur kejohanan Wan Aridi Wan Mat berkata, kejohanan itu menjadi gelanggang menguji pencapaian program pembanguna­n bola sepak peringkat sekolah di daerah itu.

Menurutnya, kejohanan anjuran SK Bunut Rendang dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bunut Rendang dan Unit Sukan Jabatan Pendidikan Pahang diperkenal­kan pada 2014.

“Sambutan pasukan terhadap kejohanan Juara-Juara Sekolah bertambah setiap tahun, pertanding­an itu menjadi gelanggang ujian kepada sekolah yang mengadakan program pembanguna­n bola sepak.

“Saya bercadang mengadakan kejohanan lebih besar pada masa akan datang dengan menjemput lebih banyak pasukan seluruh negeri ini,” ujarnya.

 ??  ?? Saya harap kejayaan pada kejohanan bola sepak Juara-Juara Sekolah akan menjadi landasan kepada lebih banyak kejuaraan diraih sepanjang tahun ini”
Saya harap kejayaan pada kejohanan bola sepak Juara-Juara Sekolah akan menjadi landasan kepada lebih banyak kejuaraan diraih sepanjang tahun ini”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia