Harian Metro

‘Ayat pelaris’ pesta makan

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

„ 90 peniaga Street Food Festival Vol 3.0 jual barangan keperluan dengan harga murah

Berkongsi meringanka­n beban masyarakat dalam kegawatan ekonomi menjadi ‘ayat pelaris’ buat peniaga Street Food Festival Vol 3.0 di Parkir Kompleks PKNS Bangi, di sini, menjual barangan keperluan harian dengan harga murah berbanding harga pasaran.

Paling mendapat perhatian telur ayam dijual dengan harga serendah RM6 sepapan selain barangan makanan lain seperti beras, sayur dan buah yang dijual dengan harga borong dalam festival jualan selama tiga hari berakhir semalam.

Eksekutif Pemasaran Ilham Creative Event, Khairiah Hussein berkata, penganjura­n festival jualan itu bertujuan memberi peluang kepada usahawan muda dan graduan yang belum bekerja berniaga dalam skala besar selain mentransfo­rmasi peniaga kecil kepada besar dengan konsep lebih menarik.

“Festival jualan makanan secara santai di lot parkir ini turut membuka peluang kepada usahawan kecil yang tidak mempunyai modal untuk membuka kedai di tapak besar dan menambah pendapatan mereka.

“Selain itu, masyarakat di sini dapat memilih pelbagai barangan keperluan harian dengan harga lebih murah dan segar, sekali gus menjana ekonomi ramai pihak,” katanya.

Katanya, lebih 20 peniaga barangan kering membabitka­n pakaian, kasut dan minyak wangi serta 70 peniaga makanan dan minuman menyertai festival jualan makanan yang julung kali diadakan tahun ini.

Menurutnya, ia bukan sekadar mengumpulk­an peniaga dari Lembah Klang, malah dari seluruh negara termasuk Sarawak yang menjual masakan tradisiona­l negeri masing-masing.

“Kita juga turut menyediaka­n pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga seperti pertanding­an karaoke, pertunjuka­n fesyen, majlis ilmu bersama Shamsul Ghau-Ghau, sesi beramah mesra bersama artis terdiri daripada Elizad, Haleeda, Cat Farish, Ainina Ahmad B, Along Kamaluddin dan ramai lagi.

 ??  ?? PERTANDING­AN makan burger paling banyak mencuri perhatian pengunjung.
PERTANDING­AN makan burger paling banyak mencuri perhatian pengunjung.
 ??  ?? ANTARA artis yang memeriahka­n
Street Food Festival Vol 3.0.
ANTARA artis yang memeriahka­n Street Food Festival Vol 3.0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia