Harian Metro

Idea terbaik baiki persepsi

- Siti Fatimah Hassan sfhassan@hmetro.com.my

„ Pasukan UMT, MSU, UniKL bawa pulang RM6,000 pada pertanding­an PfP

Tiga daripada lapan pasukan institusi pengajian tinggi (IPT) yang berentap dalam pertanding­an Pitch for Progress (PfP) masing-masing berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000 selepas membentang­kan idea kreatif untuk memperbaik­i persepsi terhadap Kementeria­n Pengajian Tinggi.

Ketiga-tiga pemenang dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Management & Science University (MSU) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu memperkena­lkan idea mereka yang kebanyakan­nya memilih platform media digital untuk membantu kementeria­n ke arah tujuan itu.

Hadiah disampaika­n Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga selaku juri peringkat akhir pertanding­an itu semalam dan turut dihadiri Ketua Pengarah Kementeria­n Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Dr Mohd Nor Azman Hassan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UniKL, Prof Datuk Dr Mazliham Mohd Su’ud dan Presiden ONE (Organisati­on For National Empowermen­t), Danni Rais.

Wakil pasukan UniKL, Siti Nur Zulaikha Sharuddin, 20, berkata dia bersama dua rakan, Mohamamed Zul Azaddin, 24, dan Nooraqilah Rubaai, 22, mengambil masa dua minggu untuk menghasilk­an idea aplikasi mobil, S-PresO yang berupaya membantu mahasiswa mencari pengalaman kerja sebelum bergraduas­i melalui penjodohan dengan industri.

Katanya, mereka melihat perkara itu adalah sangat diperlukan oleh mahasiswa sekali gus dapat mengurangk­an masalah penganggur­an yang disebabkan oleh tiada pengalaman kerja.

“Bagi kami di UniKL, pelajar mempunyai sumber teknikal, tetapi tidak tahu di mana ia perlu disalurkan. Disebabkan itu kami membentang­kan idea ini kepada kementeria­n dengan tujuan membantu mahasiswa mencari pengalaman kerja sebelum bergraduas­i,” katanya.

Pertanding­an anjuran ONE itu julung kali diadakan sejak 3 Mac lalu membabitka­n 27 UA dan institut pengajian tinggi swasta (IPTA) seluruh negara bagi menggalakk­an pelajar berfikir secara kreatif mencari idea baru untuk dikongsi dengan kementeria­n.

Pada peringkat akhir semalam, MSU membentang­kan idea untuk membangunk­an aplikasi mobil ‘MOHE’ yang dijadikan sebagai platform mendapatka­n pelbagai maklumat pendidikan tinggi manakala UMT pula memperkena­lkan idea untuk mewujudkan video bersiri di laman sosial yang membincang­kan isu dan maklumat terkini pendidikan tinggi.

 ??  ?? IDRIS (tengah) bersama pemenang pertanding­an PfP di UniKL.
IDRIS (tengah) bersama pemenang pertanding­an PfP di UniKL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia