Harian Metro

Rancang serangan ‘bom kereta’

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

„ Tujuh ditahan terbabit Daish, kumpulan pengganas Asia Timur

Mereka pernah mendapat arahan daripada pemimpin militan Daish warga Malaysia Mohamad Wanndy Mohamad Jedi untuk melancarka­n serangan ‘bom kereta’ berskala besar di negara ini sebelum cuba menyusup ke Syria untuk menyertai Daish.

Pengakuan itu dibuat dua lelaki masing-masing warga tempatan dan warga Indonesia yang ditahan anggota Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas (E8) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kepong, di sini, 21 Februari lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya melancarka­n operasi di sekitar ibu kota dan Selangor hingga membawa kepada kejayaan menangkap tujuh suspek lelaki disyaki terbabit dengan aktiviti pengganas.

“Tangkapan pertama dilakukan pada 21 Februari lalu membabitka­n dua lelaki dipercayai anggota kumpulan Daish membabitka­n seorang warga tempatan dan seorang warga Indonesia. “Mereka masing-masing berusia 28 serta 41 tahun itu bekerja sebagai juruteknik kilang dan petani. Mereka ditangkap di Kepong.

“Suspek warga Indonesia itu pernah diusir dari Turki pada Jun tahun lalu ketika cuba menyusup masuk ke Syria untuk menyertai Daish,” katanya semalam.

Beliau berkata, hasil soal siasat mendedahka­n mereka menerima arahan daripada Wanndy untuk melancarka­n serangan menggunaka­n bom kenderaan berskala besar di Malaysia sebelum menyusup keluar dari negara ini untuk menyertai kumpulan Daish.

Menurutnya, suspek ketiga warga Asia Timur berusia 37 tahun pula ditahan di Petaling Jaya pada 23 Februari lalu kerana disyaki menganggot­ai sebuah kumpulan pengganas dari Asia Timur dan menjadikan Malaysia sebagai transit dan perlindung­an sementara.

“Suspek dikesan menyusup masuk ke Malaysia pada 2011 menggunaka­n pas pelajar asing disyaki palsu milik sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Lembah Klang.

“Siasatan awal mengesahka­n bahawa suspek mempunyai hubungan dengan s seorang lagi anggota kumpulan pengganas dari Asia Timur yang terbabit dalam mengatur kemasukan anggota kumpulan terbabit ke Malaysia sebelum mereka berlepas ke Syria untuk menyertai kumpulan Daish,” katanya.

Jelas beliau, empat lagi suspek ditahan adalah warga Yaman yang ditahan di Serdang dan Cyberjaya.

“Mereka disyaki menganggot­ai sebuah kumpulan pemberonta­k di Yaman selain terbabit dalam aktiviti sindiket pemalsuan dokumen perjalanan.

“Turut dirampas dalam operasi ini adalah pelbagai pasport antarabang­sa dan wang tunai berjumlah RM270,000 dari pelbagai negara yang dipercayai untuk disalurkan kepada kumpulan pengganas,” katanya.

Beliau berkata, tujuh suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur mengikut Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

 ??  ?? ANTARA individu berkaitan Daish yang ditahan pasukan E8.
ANTARA individu berkaitan Daish yang ditahan pasukan E8.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia