Harian Metro

‘Flash mob’ sampaikan mesej kemanusiaa­n

-

Kuantan: Badan bukan kerajaan (NGO) Humanitari­an Care Malaysia Berhad (MyCARE) Pahang menggunaka­n kaedah unik bagi menyampaik­an mesej kemanusiaa­n kepada orang ramai iaitu melalui persembaha­n ‘flash mob’ di pantai Teluk Chempedak, di sini, kelmarin.

Sukarelawa­n MyCARE Pahang Muhammad Syafiq Ahmad Sabri, 23, berkata persembaha­n itu disertai kira-kira 15 individu, termasuk kanak-kanak daripada gabungan pelbagai NGO di bawah MyCare serta mendapat kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pahang (JKKNP).

“Pihak kami mendapat undangan daripada JKKNP untuk membuat persembaha­n di Teluk Chempedak dan kami memilih untuk membuat persembaha­n yang boleh membawa kebaikan dan manfaat kepada orang ramai,” katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin.

Beliau berkata, pihaknya mahu menyampaik­an mesej kepada orang ramai mengenai nasib umat Islam di negara bergolak seperti Palestin, Syria dan etnik Rohingya di Myanmar serta mengajak masyarakat bersama membantu mereka mengikut kemampuan masing-masing.

“Selain itu, kami juga mahu menerangka­n kepada orang ramai yang MyCARE tidak hanya memfokuska­n kepada negara Palestin dan Syria sebaliknya turut membantu pihak lain seperti mangsa banjir di negara ini serta mangsa gempa bumi di Indonesia malah orang bukan Islam juga turut menerima bantuan kami.

“Pada masa sama, kami mahu mengajak dan mendidik orang ramai bermula dari usia kanak-kanak membabitka­n diri dalam usaha kemanusiaa­n seperti ini,” katanya yang juga penuntut Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM).

Muhammad Syafiq berkata, pihaknya turut mengedarka­n tabung kutipan derma untuk disumbangk­an kepada pelarian di Palestin, Syria dan Rohingya di sekitar pantai berkenaan.

“Kami berharap usaha seperti ini dapat diteruskan dan diperluask­an di kawasan tumpuan lain supaya mesejnya dapat disebarkan lebih luas dan orang ramai lebih peka mengenai isu ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia