Kota Izmir ramai gadis jelita
Berbeza dengan rakyat Turki yang kuat berpegang pada Islam penduduk Izmir berpaksi sekularisme
Majoriti rakyat Malaysia mengenali Turki melalui kehebatan sejarah Empayar Uthmaniyah dan keagungan
Kota Istanbul yang pernah diduduki Empayar Rom dan Byzantine dengan nama lamanya Konstantinopel sebelum ditakluk oleh Sultan Muhammad Al Fatih pada 1453.
Rakyat Turki pula dilihat berpegang teguh dengan ajaran agama dan bersifat lebih konservatif. Itulah fahaman kebanyakan rakyat Malaysia.
Sekilas mengenai Turki, diisytiharkan sebagai negara Republik berpaksikan sekularisme selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyah pada 1923.
Mustafa Kamal Ataturk dikatakan pejuang dan penyelamat Turki membuat banyak perubahan dan pembaharuan dengan membawa masuk fahaman liberal dan modernisasi Turki ‘berkiblatkan” Eropah.
Institusi Islam dari zaman Uthmaniyah pula banyak dihapuskan dan digantikan dengan institusi cara Barat yang lebih terbuka dan membangun.
Ataturk juga menubuhkan Parti Republik Rakyat (CHP) sewaktu pemerintahannya dan sejak itu parti berkenaan mendominasi politik Turki sebagai satu-satunya parti di Turki sehingga tahun 1945.
Apabila Parti Kebangsaan Nasional ditubuhkan sebagai parti pembangkang pertama seterusnya CHP tewas pada pilihan raya pada 1950.
Geografi Turki antara benua Eropah dan Asia ini mempunyai 81 buah kota terletak di tujuh buah wilayah utama iaitu Marmara, Ege, Mediteranian, Laut Hitam, Timur Anatolia dan Tenggara Anatolia.
Setiap kawasan mempunyai pelbagai fahaman dan budaya daripada pelbagai bangsa seperti Kurdi, Laz, Tatar, Chechnya dan Yazidis.
Daripada 81 buah kota di Turki, terdapat tiga kota terbesar dan termasyhur iaitu Istanbul yang mempunyai penduduk seramai 14 juta yang juga lokasi pelancongan dan tumpuan serangan pengganas.