Harian Metro

Islam subur di Guangzhou

- Bersama Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin

Islam mula berkembang di sebelah Timur khususnya di China apabila ia dibawa oleh seorang sahabat yang juga bapa saudara Nabi Muhammad SAW iaitu Saad bin Abi Waqqas. Beliau termasuk 10 sahabat Nabi SAW yang dijanjikan syurga.

Islam mula tiba di Guangzhou sewaktu

Dinasti Tang (618 hingga 907 Masihi). Perjalanan yang diketuai Saad bersama tiga sahabat lain iaitu Tsabit ibnu Qays, Uwais al-Qarni dan Hassan ibnu Tsabit melalui laluan sutera maritim dari Semenanjun­g Arab ke Guangzhou dengan tujuan berdakwah.

Guangzhou memang terkenal sebagai sebuah bandar perdaganga­n di Asia Timur. Sehingga hari ini ia masih menjadi pusat perdaganga­n utama di China. Ramai peniaga dari luar negara termasuk dari Malaysia mendapatka­n barang dagangan mereka di sini.

Kunjungan singkat penulis bersama rombongan beberapa peniaga Malaysia dapat melihat sendiri kepesatan urus niaga secara borong bagi perniagaan di tanah air. Pelbagai pilihan dengan kualiti barangan yang berbeza boleh diperoleh.

Saad membina masjid pertama di China iaitu Masjid Huaisheng yang bermakna ‘memperinga­ti Nabi’ pada 627 Masihi.

Selain Masjid Huaisheng, ada tiga lagi masjid di Guangzhou iaitu

Masjid Abi Waqqas,

Masjid Haopan dan Masjid Xiaodongyi­ng.

Masjid Huaisheng yang berkeluasa­n kira-kira 3,000 meter persegi dengan seni bina Cina turut dikenali sebagai Masjid Guang Ta.

Ia termasuk empat masjid pesisir pantai yang tertua di China selain Masjid Crane di Yangzhou, Masjid Kylin di Quanzhou dan Masjid Pheonix di Hangzhou.

Kedua-dua pejabat Persatuan Islam

Guangzhou dan Institut Penyelidik­an Etnik Hui Guangzhou terletak di dalam masjid ini.

Pada setiap Jumaat, lebih 2,000 Muslim menunaikan solat di sini. Guangzhou mempunyai lebih 14,000 penduduk Islam tempatan di samping 120,000 Muslim dari luar.

Masjid ini adalah warisan sejarah kebudayaan negara China. Di bahagian utara, pintunya tertulis kalimah: PENULIS (lima dari kanan) bersama rombongan di depan Masjid Abi Waqqas. “Dialah Allah, Tuhan Kamu. Tiada Tuhan melainkan- Nya. Dialah yang telah mencipta segala-galanya di bumi ini dan sembahlah-Nya.”

Terdapat juga tempat untuk melihat anak bulan yang dibina sewaktu era Dinasti Ming (1368 hingga 1644). Selain itu, sebuah plak besar dengan kaligrafi Cina iaitu Jiao Chong Xi Yu yang bermakna ‘Islam datang dari barat Makkah’ bersama cop mohor Maharaja Guangxu ketika era Dinasti Qing pada 1901.

Sebuah menara terkenal yang dikenali sebagai Menara Guang Ta turut dibina di kawasan masjid ini. Ia mempunyai ketinggian 36.3 meter yang berfungsi untuk memperdeng­arkan laungan azan.

Menurut maklumat yang disampaika­n oleh imam masjid ini, Ismail Wang, menara ini yang dibina lebih 1,300 tahun lalu masih dalam bentuk asal. Ia dibina di tebing Sungai Zhujiang pada era Dinasti Tang.

Kini ia menjadi warisan budaya negara China dan sebagai bukti kedatangan Islam ke Guangzhou melalui laluan sutera maritim.

Penulis ialah Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan profesor di UPM

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia