Harian Metro

Watak James Bond Malaya tetap diingati

-

Industri perfileman negara kehilangan seorang lagi bintang legenda tanah air, Tan Sri Jins Shamsuddin, 82, yang menghembus­kan nafas terakhirny­a pada jam 5.45 petang semalam di sebuah klinik di Taman Melawati, Hulu Klang, dipercayai akibat sesak nafas selepas minum petang di rumahnya di Kampung Pasir.

Dalam temubual bersama isterinya, Puan Sri Halijah Abdullah, 56, sebelum ini, beliau berkata, Jins tidak ada menghidap sebarang penyakit kecuali Alzheimer.

Sejak disahkan menghidap

Alzheimer pada

Februari 2011, ingatan Jins semakin merosot. Sejak itu, urusan hariannya dilakukan isteri selain dibantu dua anaknya iaitu Putera

Hang Jebat dan Putera Hang Nadim.

Halijah dalam temubual bersama Harian Metro ketika itu dipetik sebagai berkata, suaminya ketika itu mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tidak memerlukan beliau menerima rawatan di hospital

"Beliau berhadapan masalah ingatan kerana beliau semakin pelupa. Beliau masih boleh membaca, tetapi sukar mengecam orang termasuk saya dan anak.

"Penyakit yang dialaminya ini tiada rawatan di hospital. Cuma, doktor ada menyaranka­n kami lebih kerap membawa beliau keluar bersiar-siar," katanya.

Jins atau nama sebenarnya Mohamed Jins Shamsuddin dilahirkan di Taiping, Perak pada 5 November 1935 dan mula berlakon selepas berjaya dalam uji bakat yang diadakan Allahyarha­m Tan Sri P

Ramlee.

Beliau pernah melanjutka­n pengajian dalam bidang perfileman di London Film School dari 1970 hingga 1972 dan dianugerah­kan Diploma dalam Teknologi Filem (Motion Picture Technology) dengan Kepujian Kelas Pertama.

Sebagai pelakon, krediliti Jins tidak perlu dipertikai­kan. Bermula dengan filem pertama, Matahari pada 1951, Jins terus mencipta nama terutama menerusi filem ketiganya iaitu Pancha Delima pada 1957 dengan membawa watak utama sebagai Suria Kencana.

Selain itu, wataknya sebagai Jefri Zain dalam filem Gerak Kilat pada 1966 menjulang namanya sebagai James Bond Malaya.

Selain itu, Jins turut membintang­i filem Kasih Sayang, Azimat, Sarjan Hassan, Anak Pontianak, Dandan Setia, Samseng, Lela Manja, Putera Sangkar Maut, Megat Terawis, Pertaronga­n, Sumpah Wanita, Si Tanggang, Indera Bangsawan, Batu Durhaka, Darah Muda, Budi dan Dosa, Bidasari, Sayang Si Buta dan Amok Tok Nading.

Sebagai pengarah, Jins turut mencipta nama menerusi filem seperti Di Belakang Tabir, Menanti Hari Esok, Esok Masih Ada, Tiada Esok Bagimu, Bukit Kepong, Esok Untuk Siapa, Ali Setan dan Balada yang turut dilakonkan­nya.

Allahyarha­m juga artis pertama dilantik sebagai Senator dan turut menerima Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan dari Univesiti Sains Malaysia (USM) pada 1999 serta Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari universiti yang sama pada 2010.

Selain aktif sebagai pelakon dan pengarah, Jins juga pernah menjadi Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM).

Selain itu, Allahyarha­m juga berbakat dalam penulisan lirik dan salah satu lirik lagu ciptaannya adalah lagu raya dendangan Fazidah Joned berjudul Selamat Hari Raya.

Allahyarha­m berkahwin dengan seniwati Allahyarha­m Rahmah Rahmat di Singapura pada 6 Februari 1961.

Bagaimanap­un, mereka bercerai dua tahun kemudian dan dikurniaka­n seorang anak bernama Jefri yang kini menetap di Singapura.

Jins berkahwin kali kedua dengan Halijah dan dikurniaka­n dua anak lelaki Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim.

 ??  ?? JINS Shamsuddin membawa watak Jefri Zain dalam filem ‘Jefri Zain Dalam Gerak Kilat’ arahan Jamil Sulong.
JINS Shamsuddin membawa watak Jefri Zain dalam filem ‘Jefri Zain Dalam Gerak Kilat’ arahan Jamil Sulong.
 ??  ?? JINS Shamsuddin bersama anugerah yang diterimany­a.
JINS Shamsuddin bersama anugerah yang diterimany­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia