Harian Metro

EXCO JOHOR CUTI

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

“Dia mohon cuti untuk membersihk­an namanya selepas ahli keluarga dan pegawainya terbabit dalam siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” kata Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Penerangan, Koperasi dan Pembanguna­n Usahawan Johor, Datuk Md Jais Sarday pada sidang media di Kota Iskandar, di sini, semalam.

Md Jais berkata demikian ketika diminta mengulas status Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Abdul Latif Bandi yang kini bercuti bagi memberi fokus terhadap skandal rasuah dan penyelewen­gan status hartanah di Johor membabitka­n anak dan seorang pegawainya.

Md Jais berkata, mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di Bangunan Dato Jaafar di Kota Iskandar, di sini, pagi semalam turut dimaklumka­n mengenai permohonan cuti Abdul Latif yang disampaika­n kepada Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Saya ingin mengumumka­n bahawa pagi tadi (semalam) sebelum mesyuarat exco Abdul Latif datang bertemu Mohamed Khaled kira-kira jam 9.30 pagi untuk memaklumka­n permohonan cuti.

“Dia memohon cuti untuk membersihk­an nama, keluarga dan pegawainya. Menteri Besar bersetuju meluluskan cuti itu ke satu tempoh yang tidak dimaklumka­n,” katanya yang mewakili exco kerajaan negeri bagi mengumumka­n permohonan cuti itu.

Katanya, Abdul Latif mengadakan pertemuan singkat itu selama kira-kira 10 minit sebelum meninggalk­an Kota Iskandar.

“Ini tidak bermakna (permohonan cuti) dia terbabit (penyelewen­gan membabitka­n status hartanah di negeri ini) dan dia memang tidak disabitkan dengan mana-mana siasatan atau dakwaan,” katanya.

Menurutnya, jawatan sebagai wakil rakyat yang dipegang exco berkenaan berjalan seperti biasa kecuali jawatan kerajaan.

“Buat masa ini, urusan berkaitan portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan ditangguhk­an, tetapi sekiranya ada urusan berkaitan pentadbira­n boleh merujuk dengan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

“Manakala, perkara yang memerlukan keputusan segera dan berkaitan dengan perkara dasar, boleh merujuk kepada Menteri Besar,” katanya.

Menurutnya, mesyuarat jawatankua­sa yang bersidang pagi semalam tidak membincang­kan isu berkenaan atau membawa sebarang cadangan kepada kerajaan negeri.

“Seperti Menteri Besar katakan sebelum ini, kerajaan negeri memberi kepercayaa­n sepenuhnya kepada SPRM.

“Malah, kakitangan kerajaan yang diminta memberikan kerjasama berkaitan siasatan diharap dapat berbuat demikian,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Buat masa ini, urusan berkaitan portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan ditangguhk­an, tetapi sekiranya ada urusan berkaitan pentadbira­n boleh merujuk dengan SUK”
Buat masa ini, urusan berkaitan portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan ditangguhk­an, tetapi sekiranya ada urusan berkaitan pentadbira­n boleh merujuk dengan SUK”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia