Harian Metro

Lelaki Indonesia pukul isteri, anak tiri dijel 14 bulan

-

Melaka: Seorang lelaki warga Indonesia dipenjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas tuduhan mencederak­an isteri dan anak tirinya, Disember tahun lalu.

Majistret Mohd Firdaus Saleh menjatuhka­n hukuman itu ke atas Agus Sumardi, 48, selepas dia amengaku bersalah bagi kedua-dua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabka­n cedera menggunaka­n tukul besi terhadap isteri yang berusia 44 tahun.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut 324 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa dengan sengaja mendatangk­an cedera terhadap anak tiri lelakinya yang berusia 23 tahun.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda RM2,000 jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman terhadapny­a diringanka­n dengan alasan sudah tiga bulan dipenjarak­an sedangkan perlu menanggung anak yang masih bersekolah.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azri Zakaria memohon hukuman setimpal diberikan terhadap tertuduh dengan alasan sebagai penjaga dia sepatutnya melindungi ahli keluarga dan bukan mencederak­an.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian memerintah­kan tertuduh dihukum penjara tujuh bulan bagi setiap pertuduhan bermula dari tarikh jatuh hukum dan hukuman berjalan secara serentak.

 ??  ?? AGUS
AGUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia