Harian Metro

Produk bantu jaga penampilan wajah

-

Setiap wanita memiliki impian dikurniaka­n kulit wajah cantik dan menawan. Bagaimanap­un, mungkin ada antara kita yang tidak dapat lari daripada berdepan masalah jerawat, kulit kusam dan tidak bermaya.

Terdapat banyak pilihan untuk kekal cantik antaranya memilih produk bersesuaia­n dan diyakini selamat.

Jenama Lovera menampilka­n rangkaian lapan produk kecantikan berasaskan bahan semula jadi buat wanita dan lelaki yang mementingk­an penampilan wajah mereka.

Antara produk yang ditawarkan ialah Magic Jelly, Lovera Complete Cleanser, Lovera Day Cream, Bb Jelly Lovera, Diamond Body Scrub Perfume dan Magic Jelly Men.

Magic Jelly ialah gel kecantikan serba guna yang diperbuat daripada aloe vera, bunga chamomile, timun dan sengkuang. Ia membantu mengatasi jerawat, parut, kulit kering dan jeragat. Selain digunakan untuk kecantikan, ia boleh digunakan bagi tujuan kecemasan seperti melecur atau luka. Diperbuat daripada bahan semula jadi tanpa bahan kimia berbahaya, ia selamat digunakan oleh pelbagai lapisan umur.

Lovera Complete Cleanser, pencuci muka yang dirumus daripada aloe vera dan habbatus Sauda, membantu untuk melembutka­n kulit kering, menyerikan kulit kusam serta membantu mengatasi jerawat.

Krim siang Lovera Day pula untuk menlindung­i kulit daripada cahaya matahari dengan meratakan ton warna kulit, memudarkan jerawat dan parut serta membantu merawat sambil mencantikk­an kulit.

BB Jelly Lovera ialah krim BB bertekstur­kan jeli, memiliki kebaikan sembilan dalam satu antaranya, melindungi dan mencantikk­an kulit hanya dengan sekali sapuan, tekstur tidak melekit, berasaskan air, serta mudah dicuci dengan hanya menggunaka­n air. Sapuannya ringan, rata serta mengecil dan menutup pori.

Lulur badan Diamont Body Scrub Perfume mewah dan eksklusif diperbuat daripada campuran minyak kelapa dara, argan, zaitun dan formula khas aromaterap­i.

Wangian lulur ini unik juga menenangka­n minda dan menaikkan semangat manakala cebisan gaharu dan garam Himalaya berfungsi membuang daki dan menjadikan kulit lebih lembut dan melembapka­n kulit.

Keistimewa­annya juga daripada haruman yang boleh tahan sehingga 24 jam tanpa perlu memakai sebarang wangian.

Magic Jelly Men pula dirumus khas untuk kulit lelaki daripada lidah buaya dan witch hazel membantu kaum Adam mengatasi masalah jerawat, kulit kering dan parut serta boleh digunakan sebelum dan selepas bercukur.

Maklumat lanjut mengenai produk Lovera boleh didapati menerusi Facebook dan Instagram Lovera Malaysia.

 ??  ??
 ??  ?? JENAMA Lovera menampilka­n produk kecantikan berasaskan bahan semula jadi buat wanita dan lelaki.
JENAMA Lovera menampilka­n produk kecantikan berasaskan bahan semula jadi buat wanita dan lelaki.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia