Harian Metro

Peluang menang 50-50

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

„ Tunku Ismail bimbang proses pemilihan dipengaruh­i unsur politik

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui peluangnya untuk menang kerusi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih belum pasti kerana pengaruh politik dalam badan induk itu.

Bagaimanap­un beliau bagaikan sudah mendapat sokongan moral pada pemilihan di kongres ke-53 pada 25 Mac depan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut memberikan sokongan kepadanya.

“Secara jujurnya peluang sekarang 50-50 kerana ada unsur politik. Ada 20 ahli gabungan dengan 39 perwakilan yang akan mengundi tapi kita tak tahu permainan politik. Kalau ada unsur politik yang mahukan seseorang menjadi proksi, mungkin saya akan kalah.

“Tapi selepas berjumpa dengan PM (Perdana Menteri) semalam (kelmarin), kita tengok apa cerita nanti,” katanya sambil tersenyum ketika menjawab soalan penyokong dalam sesi pertemuan khas semalam.

Tunku Ismail membuat keputusan untuk bertanding merebut jawatan nombor satu FAM pada pemilihan kongres ke-53 bulan depan selepas mendapat perkenan ayahanda Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar serta sokongan 14 delegasi daripada 20 ahli gabungan.

Bagaimanap­un beliau yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT) bakal ditentang Penasihat Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa yang juga bekas Timbalan Presiden FAM.

Tunku Ismail kelmarin mengadakan pertemuan dengan Najib dan menyatakan mendapat sokongan dengan agenda perubahan yang ingin dilakukan jika dipilih menerajui FAM.

“PM tahu agenda saya dalam bola sepak dan beliau tahu saya berpotensi. Ada beberapa perkara yang kami bincangkan termasuk politik dan ekonomi tapi saya tidak boleh kongsi dengan anda semua tapi beliau memberikan saya sokongan untuk bertanding,” kata Tunku Ismail yang meluangkan masa dua jam bersama kira-kira 200 penyokong tanah air semalam.

Beliau kemudian turut menjelaska­n mengenai keputusann­ya untuk membuat pusingan U bagi merebut jawatan Presiden FAM bagi penggal 2017-2021.

“Saya tidak mahu FAM dijadikan tempat untuk individu mengambil kesempatan dari segi politik, saya tidak mahu FAM disalahgun­akan.

“Saya terfikir sudah lebih 30 tahun penyokong tanah air dan saya sendiri mahukan pembaharua­n, adakah kita sanggup menunggu 30 tahun lagi?” katanya. saya ingin menukar perlembaga­an dengan penyokong boleh memilih presiden yang mereka mahu dan bukannya ahli gabungan.

“Ahli gabungan hanya boleh mencalonka­n jawatan lain seperti timbalan presiden dan Exco,” katanya ketika berkongsi visi dan misinya bersama kira-kira 200 penyokong tanah air dalam satu pertemuan semalam.

Ketika ini hanya 20 ahli gabungan FAM layak mencalonka­n individu bertanding merebut jawatan Exco manakala 39 perwakilan daripada ahli gabungan itu layak mengundi pada setiap pemilihan.

Tunku Ismail, pemilik kelab akan diadakan bergilir-gilir di setiap negeri dan saya akan menyerahka­n semula 40 peratus hasil hak penyiaran kepada semua pasukan bertanding yang sebelum ini digunakan FAM. Saya mahu duit ini digunakan bagi program akar umbi oleh semua pasukan.

“Saya juga akan pastikan FAM membuat keputusan konsisten terhadap mana-mana hukuman,” katanya.

Tambah Tunku Ismail, beliau mahu sasaran lebih tinggi ditetapkan untuk skuad kebangsaan selepas ini bukan sekadar kejuaraan Piala AFF sebaliknya layak ke Piala Asia dan Sukan Olimpik.

 ?? FOTO: ?? TUNKU Ismail (empat kiri) tiba di majlis perjumpaan bersama penyokong bola sepak negara semalam.
FOTO: TUNKU Ismail (empat kiri) tiba di majlis perjumpaan bersama penyokong bola sepak negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia