Harian Metro

Teruja pacu Renault

- Reuters

Niko Hulkenberg, ‘seorang lagi Nico dari Jerman’ dalam Formula Satu teruja memulakan karier bersama Renault musim ini berikutan persaraan mengejut juara dunia Nico Rosberg.

Hulkenberg, 29, menyertai pasukan itu dari Force India, yang melakar kejutan musim lalu apabila berakhir di tangga keempat malah lebih baik berbanding Renault di tangga kesembilan, dan kini tidak ragu-ragu dia memilih jalan karier yang tepat.

“Saya mendapati ia amat menarik dan bagus setakat ini,” ujar pemenang Le Mans 24 Hours itu ketika pelancaran kereta baru pasukan RS17 di tengah London.

Hulkenberg masih belum menjejak podium Formula Satu selepas 115 permulaan Grand Prix namun Renault menyasarka­n tangga kelima keseluruha­n jika tuah berpihak kepada mereka dalam musim yang penuh perubahan.

Bagi sasaran jangka panjang, pasukan yang memenangi kejuaraan bersama pemandu Sepanyol, Fernando Alonso pada 2005 dan 2006 sebelum menarik diri pada 2010 dan kembali sebagai pengeluar penuh tahun lalu, adalah mencabar kejuaraan sekali lagi menjelang 2020.

Hulkenberg agak bimbang dengan harapan yang terlalu tinggi itu dan perlu sekurang-kurangnya menunggu hingga jentera diuji buat kali pertama di Sepanyol minggu depan.

“Saya fikir setiap orang terlalu optimis dan teruja mengenai musim baru tapi anda perlu realistik dan saya fikir pasukan ini masih perlu melakukan banyak peningkata­n,” katanya.

“Saya bukannya Nico baru, saya sama saja tapi pastinya lebih bermotivas­i dan teruja.”

Pemandu Jerman itu, yang menyertai pemandu Britain Jolyon Palmer dalam pasukan itu berkata, dia sudah melihat pendekatan berbeza antara Force India dan Renault, dengan pasukan barunya

„ Hulkenberg yakin menyinar bersama pasukan baru musim ini

mempunyai lebih sumber dan membuat pelaburan besar.

“Harapnya semua ini berbaloi hujung tahun ini tapi sudah tentu ia masih satu tahun untuk membentuk, cuba untuk mencapai tahap yang dikehendak­i,” katanya.

“Berada dalam pasukan baru sering kali memerlukan masa untuk menyesuaik­an diri tapi setakat ini saya berasa sudah berintegra­si. Mereka menyambut kehadiran saya dengan baik.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia