Harian Metro

Pusat beli-belah terselamat Bersalin tepi lif ditemani anak

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

Shah Alam: Tindakan pantas bomba memadamkan kebakaran tiga kedai mengawal api daripada merebak ke bangunan berdekatan sebuah pusat beli-belah di Seksyen 13 di sini, jam 12.30 tengah malam, semalam.

Kebakaran di lokasi yang dalam pembinaan itu dipercayai bermula kebakaran di tingkat bawah sebuah lot bangunan di situ.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam Azmel Kamarudin berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 12.48 tengah malam.

“Selain jentera, 15 pegawai dan anggota bomba termasuk dari Kota Anggerik dikerah dalam operasi memadamkan kebakaran itu.

“Setibanya di tempat kejadian, api didapati marak membakar bahagian tingkat bawah bangunan itu,” katanya, semalam.

Menurut beliau, api berjaya dikawal pada jam 1.15 pagi, namun anggota bomba masih menjalanka­n pemeriksaa­n lanjut bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Kata Azmel, tiada sebarang kemalangan nyawa dilaporkan berlaku.

Berbekalka­n pengalaman dan semangat yang tinggi, seorang wanita nekad menyambut sendiri kelahiran cahaya mata ketiga di tepi lif pejabat di Subang Jaya, Selangor, jam 12.30 tengah malam, semalam.

Nurul Munirah Hussin, 32, yang juga kerani syarikat swasta berkata, sebelum kejadian cemas itu, dia yang mengandung 37 minggu mula mengalami sakit kontraksi dan perutnya mengeras lebih kerap seperti tanda awal untuk bersalin, jam 10 malam.

“Saya rasa tidak sedap hati dan mengajak suami ke Hospital Serdang pada jam 12 tengah malam, namun sebelum itu saya meminta suami singgah di pejabat yang tidak jauh dari kediaman kami mengambil buku rekod kehamilan yang tertinggal.

“Sebaik tiba di pejabat dan mengambil buku rekod kehamilan, saya terasa ingin membuang air kecil. Tetapi, ketika di dalam tandas saya merasa sebahagian kepala anak keluar,” katanya.

Nurul Munirah berkata, ketika berjalan menuju ke lif rasa sakit itu semakin kuat dan dia bersalin di tepi lif kerana bimbang bayi dalam kandungann­ya lemas.

“Pada waktu itu, saya baring dan mula meneran dengan hanya ditemani anak sulung berumur tujuh tahun, sementara suami dan anak lelaki berusia empat tahun memanggil pengawal keselamata­n dan menghubung­i ambulans.

“Saya meneran sekuat hati dan ketika itu juga air ketuban pecah, Alhamdulil­lah tidak sampai lima minit saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.7 kilogram, sambil diperhatik­an anak perempuan yang berdiri di sebelah saya,” katanya yang dijangka bersalin 10 Mac depan.

Dia yang berasal dari Johor berkata, pengalaman dua kali bersalin sebelum ini membuatkan­nya berani untuk menyambut bayi sendiri tanpa bantuan orang lain, apatah lagi dalam keadaan kecemasan seperti itu.

Menurutnya, sebaik bayi keluar dia membalutny­a dengan tudung yang dipakainya bagi mengelakka­n jangkitan kerana permukaan lantai yang tidak bersih dan sejuk.

Katanya, ambulans tiba di pejabat 15 minit kemudian dan dia bersama bayi dibawa ke Hospital Putrajaya (HPJ) untuk rawatan.

“Alhamdulil­lah, semuanya selamat walaupun anak saya ditahan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) HPj sehingga Jumaat ini untuk pemeriksaa­n bagi memastikan tiada jangkitan,” katanya.

„ Wanita ambil rekod kehamilan di pejabat terasa kepala bayi keluar ketika ke tandas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia